Pesaing PlayStation 4 Adalah PC, Bukan Xbox One – Sony

Mengikut dari sidang media bersama Andrew House, Presiden Sony Interactive Entertainment menyatakan bahawa konsol baharu PlayStation 4 Pro yang lebih berkuasa adalah untuk bersaing dengan PC, bukannya Xbox One mahupun Project Scorpio.

“Saya telah lihat data yang menyakinkan saya,” kata Andrew semasa temu ramah bersama The Guardian (Sumber melalui VG247.com). “Melalui data tersebut ianya menyatakan bahawa kitaran pengunaan sebuah konsol adalah berdasar kepada kepergantungan pemain kepada pengalaman grafik yang terbaik, maka pemain akan berpindah kepada PC, atas sebab yang kita semua tahu.”

Kata beliau lagi, “kami mahukan pemain tersebut didalam ekosistem kami (PlayStation) dengan memberikan kualiti yang terbaik kepada mereka. Maka dengan prestasi konsol baharu ini (PlayStation 4 Pro), ianya mendapat penambahbaikan yang besar dari segi kualiti grafik dan prestasi konsol tersebut.”

Beliau juga menyatakan PlayStation 4 Pro bukanlah pesaing kepada Scorpio (Xbox baharu) dengan berkata, “Setakat ini tiada berita terkini tentang Project Scorpio didalam pasaran.”

Kenyataan diatas amat jelas bahawa Sony tidak akan terasa terancam dengan Microsoft. Ini terjadi atas faktor jualan PS4 masih lagi dominan didalam pasaran dunia, “Kami telah mencapai 40 juta unit dan kami inginkan 20 juta lagi pada tahun hadapan.”

Microsoft masih lagi tidak mengumumkan tarikh pasaran untuk Scorpio, selain daripada penghujung 2017 pada E3 yang lepas.

PlayStation 4 akan mula dipasaran pada 10hb November 2016.

Sumber gambar: Tomo News

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
20%
OK Lah
0%
ZOMG!
20%
WTF?
0%
Lel
40%
Meh
20%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response