Phantom Dust Akan Diberi Secara Percuma Didalam Bentuk Remaster

Now Reading
Phantom Dust Akan Diberi Secara Percuma Didalam Bentuk Remaster

Permainan klasik yang pernah dipasarkan pada tahun 2004 untuk konsol Xbox pertama, kini akan kembali didalam bentuk “remastered” pada hari esok, mengikut dari status tweet Aaron Greenberg, Ketua Pemasaran Permainan Xbox.

Menariknya, Microsoft akan memberi permainan ini secara percuma kepada semua pemain sama ada platform Xbox One atau PC.

Mereka pernah mengumumkan versi remaster ini semasa acara E3 tahun yang lepas untuk dipasarkan pada tahun ini.

Baca: Perlu atau tidak membeli semula permainan “remastered“?

Topik ini pernah hangat dibualkan pada tahun 2014 lagi dimana Microsoft mengumumkan berita yang sama, namun tiada maklumat sepenuhnya diberi sehinggalah tahun 2016.

Mengikut dari video diatas oleh Polygon, krew pemaju mengambil masa yang lama untuk membuat versi remaster ini atas ketiadaan kod asal dari pemaju sebelumnya. Maka mereka perlu mengodam kod-kod binari yang agak memakan masa.

Semakin banyak permainan klasik yang diberi secara percuma, sebuah berita baik kepada kita semua sebagai pengguna.

Sumber: Kotaku

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response