Phil Spencer Inginkan Final Fantasy XIV Didalam Platform Xbox One

Final Fantasy XIV: A Realm Reborn telah pun berada dipasaran sekian lama semenjak 2010. Ianya dipasarkan untuk hampir kesemua platform seperti PS4, PS3, Windows, Mac kecuali Xbox One. Phil Spencer, selaku Ketua Bahagian Xbox menyatakan bahawa beliau inginkan game tersebut didalam konsolnya melalui Twitternya seperti dibawah:

Impian Phil mungkin tercapai atas sebab temuramah antara DualShockers.com dengan Naoki Yoshida, selaku Pengarah Penerbit Square Enix pernah menyatakan bahawa Final Fantasy XIV mungkin akan hadir kepada platform Xbox One jikalau Microsoft membenarkan pemain mereka untuk bermain secara online bersama dengan peman platform dan konsol yang lain.

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Xbox Live kini mempunyai fungsi “cross-network”, dimana pemain boleh bermain secara dalam talian dengan rakan pemain lain walaupun dengan menggunakan platform lain seperti PlayStation 4 atau PC. Sony juga telah memberikan respon yang agak positif setakat ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response