fbpx

Playstation Baharu Diumumkan – Kapasiti 1TB

Selepas berita yang lepas tentang tertiris dua model baharu, kini sudah disahkan oleh pihak Sony.

Edisi baharu PS4 bernama “Ultimate Player Edition” dengan storan sebanyak 1TB akan mula dijual pada pasaran Eropah pada 15hb Julai ini, manakala pasaran Asia masih lagi tidak diketahui.

Seperti artikel yang lepas, Sony masih lagi membawakan versi 500GB untuk edisi baharu ini. Tiada perubahan luaran ketara akan dilakukan kecuali permukaan glossy akan digantikan dengan permukaan matte. Beberapa perubahan dilakukan dari bahagian dalam juga seperti pengurangan berat sebanyak 10% dan penjimatan kuasa dengan sebanyak 8%.

Setakat ini bukan sahaja PlayStation 4, namun konsol Xbox One sudah mengumumkan konsol 1TB lebih awal lagi semenjak minggu lepas.

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -