Prestasi Call Of Duty: Black Ops 3 di PS4 Lebih Baik Berbanding Xbox One

Digital Foundry adalah salah sebuah organisasi yang melakukan video dan analisis perbandingan kualiti grafik dan prestasi gaming dengan perbezaan platform. Sebelum ini, mereka telah melakukan perbezaan prestasi game Fallout 4 di platform PS4 dan Xbox one (Analisa penuh disini), kini Call of Duty: Black Ops 3 pula pilihan mereka untuk perbandingan.

Berdasarkan dari sumber, ianya menyatakan bahawa prestasi Black Ops 3 untuk PlayStation 4 adalah lebih baik dari platform Xbox One. Digital Foundry juga menyatakan faktor-faktor lain tentang mengapa PS4 memenangi didalam pertandingan ini.

2927653-black_ops_3_specialist_nomad_1439973600 (Custom)

Untuk resolusi, ternyata PS4 memenangi dengan resolusi 1920×1080 (1080p), berbanding dengan Xbox One dengan hanya 1600×900 (900p). “Walaupun Xbox One dimainkan dengan resolusi yang agak rendah, namun beberapa stutter screen atau lagging ternyata nampak sekali berbanding dengan PS4.”

Walaupun bagi pihak pembina Black Ops 3, TreyArch menyatakan bahawa sasaran mereka untuk mendapat 60fps untuk Xbox One dan PS4 ternyata gagal. “Apabila pemain berada di suasana yang agak luas dengan beberapa grafik latar belakang yang agak sibuk, prestasi grafik merudum ke 55-45fps untuk kedua-dua konsol,” kata Digital Foundry.

Black Ops 3 telah berada dipasaran semenjak 6hb November dengan statistik jualan lebih dari USD 550juta untuk tiga hari selepas pelancaran.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response