Program RACEXP – Liga Gaming Perlumbaan Kereta di Malaysia

Apabila kita bercakap pasal e-Sport, sudah pasti tanggapan pertama yang kita ingat adalah Dota atau Counter Strike. Kini, liga game perlumbaan, RACEXP Virtual Race League akan dibuat di Malaysia pada November ini.

Program ini yang menggunakan sistem game perlumbaan simulasi RaceRoom, ianya pertama kali diadakan di rantau Asia. Program ini akan diadakan pada 2hb – 8hb November 2015 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Sebanyak 100 peserta akan dibuka untuk sertai liga perlumbaan ini. Harga penyertaan dan maklumat seperti hadiah masih lagi tidak diketahui setakat ini.

Kredit Gambar: RaceRoom Malaysia

Mengikut dari pihak penganjur, RaceRoom Malaysia berkata bahawa 3hb – 6hb November adalah untuk pusingan kelayakan daripada 100 peserta, manakala 7hb pula adalah pusingan penentuan dari 15 peserta untuk pusingan terakhir yang dimana akan diadakan pada 8hb November.

Maklumat lanjut akan diberikan di GamerMalaya.my. Ikuti Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini tentang gaming di Malaysia.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response