fbpx

ProjekMalaya: Kongsikan Video Let’s Play Anda Melalui Platform GamerMalaya

Jikalau anda seorang Youtubers, khususnya didalam topik berkait tentang gaming, maka ini adalah peluang anda untuk memaparkan video hasil karya anda kepada lebih banyak penonton melalui laman web GamerMalaya. Ini adalah salah satu inisiatif kami melalui ProjekMalaya untuk membantu Youtubers yang mempunyai bakat-bakat tersendiri.

Selepas kami menerima permintaan yang cukup untuk program ini, kami akan mula kongsikan artikel pada setiap minggu. Ianya akan dipilih secara rawak untuk dikongsi melalui laman web GamerMalaya.my, laman sosial Facebook dan Twitter kami.

Syarat-syaratnya adalah amat mudah seperti dinyatakan dibawah:

  1. Akaun Youtube hendaklah akaun anda sendiri
  2. Video tersebut adalah hasil karya anda sendiri
  3. Video hendaklah didalam konsep Let’s Play atau berkaitan. Contoh seperti dibawah
  4. Tiada had untuk jenis game / platform / konsol, asalkan ianya didalam konsep yang dinyatakan diatas
  5. Hanya video didalam Bahasa Malaysia atau / dan Bahasa Inggeris sahaja diterima

Berikut adalah contoh video Let’s Play oleh krew kami di GamerMalaya sebelum ini.

Untuk menyertai program ini, hanya isi borang dan maklumat yang akan diminta. KLIK SINI

Sebarang pertanyaan, sila emel kepada kami di gamermalaya.my@gmail.com


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -