Quantum Break Akan Datang Untuk PC

Sebuah game eksklusif untuk Xbox One, Quantum Break kini akan dikeluarkan untuk platform PC juga pada 5hb April ini. Ini telah disahkan oleh Remedy Entertainment dan Microsoft secara rasmi.

Manakala kepada pemain yang telah pra-beli game ini didalam bentuk digital untuk Xbox One, akan mendapat satu lagi unit secara percuma untuk PC. Ini adalah kerana untuk menangani isu peminat konsol Xbox One yang berang terhadap pengumuman ini. Tawaran ini tamat pada 4hb April ini.

Artikel berkaitan: Sekuel Alan Wake Akan Datang ke Xbox One

Dalam masa yang sama, Remedy juga mengumumkan jualan Xbox One versi Quantum Break akan berada dipasaran. Ianya akan disertakan konsol itu sendiri yang berwarna putih, game Quantum Break dan juga Alan Wake untuk versi Xbox 360 yang dimana boleh dimainkan didalam konsol Xbox One.

3004847-xbox

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response