Ramalan E3: Mass Effect 4, Need For Speed, Mirror’s Edge 2, Final Fantasy XV oleh Square Enix dan EA

Now Reading
Ramalan E3: Mass Effect 4, Need For Speed, Mirror’s Edge 2, Final Fantasy XV oleh Square Enix dan EA

Banyak ura-ura yang kami dengar tentang apa yang akan dipaparkan pada acara yang akan datang, E3 2015 di Los Angeles, US Jun ini.

E3, adalah sebuah acara yang amat besar dan penting sekali untuk industri game. Kebiasaannya pelancaran game baru, konsol baru, kesemuanya berlaku melalui acara E3 ini.

Untuk tahun ini, buat pertama kalinya, Square Enix dan Bethesda akan melakukan persidangan mereka dengan E3 Jun ini.

Square Enix
Sebuah syarikat gergasi dengan game yang terkenal, Final Fantasy. Setelah Square Enix mengumumkan secara rasmi bahawa mereka akan melakukan persidangan di E3 ini, kebarangkalian Final Fantasy akan dipaparkan, mengikut kepada ura-ura orang ramai. Namun, direktor terhadap game J-RPG tersebut menyatakan bahawa mungkin berita baik ini adalah mustahil bagi mereka, kerana game tersebut masih lagi didalam peringkat awal untuk dikeluarkan kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, Square Enix berkemungkinan akan lebih fokus kepada game yang dinantikan seperti, Deus Ex siri ke-2, Lara Croft’s Rise of the Tomb Raider dan juga game terkini dari siri Hitman.

Electronic Arts (EA)
Mengikut kepada sumber, EA akan melakukan sidang dengan durasi yang lama untuk E3 tahun ini, berkemungkinan lebih dari dua jam. Dengan sumber ini amat diyakini bahawa banyak game yang dinantikan akan dipaparkan semasa E3 nanti. Game seperti Mass Effect 4, Need For Speed terbaru, Mirror’s Edge 2 dan juga Star Wars: Battlefront dimana trailer dikeluarkan hanya beberapa hari lepas.

Dalam masa yang sama, keunikan E3 ini juga dengan kedatangan plaform terbaru didalam arena ini, iaitu platform PC yang dibawa oleh PC Gamer bernama PC Gaming Show. Dengan program ini berkemungkinan banyak game terbaru untuk PC akan dipaparkan juga. Ini adalah kerana ianya disertai oleh Blizzard Entertainment, Paradox Interctive, Bohemia Interactive dan banyak lagi.

Sumber

E32015-Lanjut

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response