Now Reading
Ratchet & Clank PS4 – Baharu atau Sekadar “Remake?”

Game Klasik Kini Kembali

Ratchet & Clank kini diumumkan oleh Sony untuk platform PS4 semalam dengan video trailer yang baharu.

Berdasarkan video ianya serba sedikit menunjukkan beberapa aksi rakaman gameplay yang agak menyeronokkan dengan kualiti grafik yang baik.

Namun didalam video tersebut juga menyatakan bahawa ianya berdasarkan dari “game dan Cerita” yang dimana dipercayai dari siri Ratchet & Clank sebelum ini.

Maka banyak memperkatakan bahawa ianya hanyalah sekadar “remake”, bukan game baharu.

Game Ratchet & Clank Pertama Pada Tahun 2002

Game Ratchet & Clank Pertama Pada Tahun 2002

Jikalau anda tidak pernah bermain game hebat sebelum ini, Ratchet Clank adalah sebuah game yang dibina oleh Insomniac Games pada tahun 2002 sebagai game eksklusif untuk platform PlayStation 2.

Versi PS4 kini, adalah game baharu Insomniac yang dimana berdasarkan daripada Ratchet & Clank versi 2002.

Insomniac adalah sebuah pembina game yang mendapat rekod yang agak terbaik dengan siri Ratchet & Clank, Resistance dan yang terbaharu iaitu Sunset Overdrive.

Sunset Overdrive, game eksklusif untuk Xbox One

Sunset Overdrive, game eksklusif untuk Xbox One

Berikut adalah video permainan pertama dari IGN, dengan komentar bersama Shaun McCabe, Pengarah Produksi, Insomniac, sebuah studio pembina Ratchet & Clank.

Daripada video kita dapat tahu, ianya bukan sahaja mengambil jalan cerita & gameplay daripada versi klasik siri game ini, ianya juga adalah penambah baik dengan lebih kandungan dan ciri permainan baharu seperti planet & suasana, senjata baharu dengan kualiti grafik yang amat cantik.

Ianya agak di luar jangkaan bahawa Sony mengumumkan game yang dinantikan ini beberapa hari sebelum E3 2015.

Berdasarkan dari pengalaman yang lepas, E3 adalah sebuah acara yang selalunya masa yang terbaik untuk pembina dan studio mengumumkan tajuk-tajuk AAA yang dinantikan.

Ratchet & Clank PS4 2016

Namun tidak untuk tahun ini. Boleh dikatakan banyak tajuk AAA diumumkan baru-baru ini, seperti Fallout 4, Assassins Creed dan juga Dark Souls 3.

Adakah E3 2015 kali ini berbaloi? Ikuti artikel kami akan datang tentang topik ini.

Kembali pada Ratchet & Clank, adakah ianya berbaloi untuk menambah koleksi game PS4 anda?

Bagi kami, berdasarkan daripada siri yang sebelum ini ianya adalah game yang amat menarik dengan keunikannya tersendiri. Kreativiti gameplay dengan jalan cerita dengan karakter yang bagus.

Kali ini Ratchet akan datang semula dengan penambahan baik dari segi kandungan, gameplay dan juga perubahan yang ketara, kualiti grafik.

Sudah semestinya kami merasakan ianya cukup berbaloi untuk pemain lama dan baharu. Namun mungkin kita tunggu lagi butir-butir baharu mengenai game ini daripada Insomniac yang berkemungkinan akan mengumumkan lebih lanjut pada E3 ini.

Ikuti GamerMalaya.my, langgani emel kami untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga previu, reviu mengenai game ini.

Dengan lambakan game “remastered” baharu, perlukah anda membeli semula? Ikuti artikel terpilih kami disini>>

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response