Rekod Baharu Dari Steam: 12.5 Juta Pemain Dalam Satu Masa

Valve selaku syarikat yang mengendali pelayar Steam, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mencapai statistik baharu, iaitu jumlah pemain log masuk ke akaun Steam dalam satu masa.

Jumlah sebanyak 12.5 Juta pemain log masuk pada 31hb Oktober 2015. Ini adalah sebuah rekod yang tertinggi dari sejarah berbanding dengan statistik sebelum ini pada 10.7 Juta pemain pada awal Oktober, manakala 9.5 Juta pada bulan May di dalam tahun yang sama.

2959199-steam1

Steam adalah sebuah pelayar yang terkenal kepada gamers PC yang mempunyai 125 Juta akaun dengan lebih dari 6,000 senarai game seperti Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive, Team Fortress 2 dan Grand Theft Auto V sebagai 10 game terkenal.

2959198-steam

Dengan kedatangan Steam Controller, Steam Machines dan juga jualan atau diskaun yang diberikan khususnya pada hujung bulan, berkemungkinan Steam akan mencapai rekod sekali lagi.

 

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response