Pihak penganjur E3, Entertainment Software Association telahpun mengumumkan rekod jumlah kehadiran pengunjung acara E3 2016 di Los Angeles, namun ianya tidak memberangsangkan berbanding tahun lepas. 50,300 adalah jumlah pengunjung direkodkan sepanjang tiga hari dengan 3.6% penurunan berbanding tahun lepas yang melebihi 52,200 kedatangan.

Rekod baharu telahpun dicapai pada tahun lepas, dimana E3 2015 adalah acara E3 pertama mendapat lebih dari 50,000 pengunjung. Faktor penurunan ini adalah atas sebab-sebab tertentu, seperti 2 pengeluar game terbesar Electronic Arts & Activision tidak mempunyai pameran (booth) didalam acara E3. EA (Electronic Arts) mengambil keputusan untuk mempunyai acara pameran mereka sendiri berdekatan dengan acara E3 yang bernama EA Play, manakala Activision pula hanya mempunyai program kecil didalam bilik mesyuarat.

27598170262_f0e933a583_b

Tahun ini ESA (Entertainment Software Association) pertama kali mengadakan acara E3 Live, sebuah acara percuma yang bertempat di lokasi berlainan di bandaraya Los Angeles. E3 Live juga mempunyai tarikh yang sama seperti E3, iaitu 14hb – 16hb Jun dengan rekod kedatangan sebanyak 20,000 pengunjung.

“Semua gamer adalah pemenang pada acara E3 tahun ini. Teknologi-teknologi yang diumumkan semasa E3 2016 sudah semestinya memberi impak kepada industri permainan diseluruh dunia.” Kata Michael D. Gallagher, presiden dan CEO ESA.

Katanya lagi, “inovasi dan kreativiti ditunjukkan sekaligus meningkatkan pertumbuhan industri ini kepada semua.”

ESA juga mengumumkan bahawa acara E3 2017 akan dijalankan pada 13hb – 15hb Jun di lokasi yang sama, Los Angeles Convention Center.

Sumber gambar: E3 Insider

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response