Rekod Tercatat Oleh The Division Beta Dengan 6.4 Juta Pemain

Setelah beta terbuka The Division berakhir, Ubisoft mengumumkan statistik tentang jumlah pemain yang memberangsangkan. Ianya adalah sebanyak 6.4 Juta pemain untuk semua konsol (PlayStation 4, Xbox One dan PC). Maka kini The Division dicatatkan sebagai “game yang terbesar untuk game generasi baharu”.

Sebagai perbandingan, Destiny versi beta pernah mendapat sebanyak 4.6 Juta pemain pada tahun 2014, ianya masih rendah walaupun jumlah tersebut merangkumi pemain generasi lepas (PS3 dan Xbox 360).

Destiny 2 Akan Hadir Kelak

Ubisoft juga menyatakan bahawa secara purata, pemain bermain selama 5 jam setiap satu sesi, dengan 2 jam didalam Dark Zone. Satu lagi statistik adalah hampir 50 peratus pemain agak “nakal” dengan menembak rakan sendiri semasa misi. Pemain juga dapat terokai lebih dari 63 juta barang.

Beta terbuka Tom Clancy’s The Division telah mula semenjak 18hb Februari untuk Xbox One dan sehari selepas itu untuk PlayStation 4 dan PC. Ianya telah pun ditutup beberapa jam yang lepas. Tarikh jualan The Division adalah 8hb Mac 2016.

Adakah anda salah seorang pemain beta The Division? Komen dibawah pengalaman anda bermain game ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response