Overview
Model

Dell Alienware 15

Spesifikasi Untuk Gaming

i7-4710HQ, 2.50GHz – 3.60GHz
Nvidia GeForce GTX970M (3GB DDR5)
15.6" Full HD (1080) - IPS Anti Glare Matte
1TB 5,200rpm HDD

Tahun

2015

Siapa tidak kenal, peranti yang berkonsepkan karakter alien, sinonim dengan gaming dan juga ketahanan pada suhu panas. Alienware syarikat yang terkenal kini diambil alih oleh korporat gergasi didalam dunia IT, Dell memberikan lagi impak yang hebat dengan melancarkan siri gaming laptop mereka untuk tahun 2015.

Alienware-15-Logo

Alienware 15, sebuah gaming laptop baru yang kami ingin kongsikan pendapat kami terhadap semua peminat jenama yang mahsyur ini. Namun adakah siri gaming laptop terbaru ini masih lagi memberikan kepuasan dan jaminan dalam jangka masa panjang? Berikut adalah reviu kami dari ReviuMalaya tentang Alienware 15 (2015) selepas penggunaan selama sebulan.

NOTA: ReviuMalaya adalah sebuah program reviu / previu kami untuk game dan produk game dipasaran. Ingin membuat reviu anda di GamerMalaya? Hubungi kami di gamermamalaya.my@gmail.com.

Spesifikasi

Untuk pengetahuan korang, Alienware 15 adalah sebuah laptop yang mempunyai spesifikasi yang hebat malah mampu untuk gaming dengan tajuk-tajuk terbaru dipasaran. Dilengkapkan dengan Nvidia GeForce GTX970M (3GB DDR5), dengan sistem cip processor Intel Core i7 (i7-4710HQ, 2.50GHz – 3.60GHz dengan kuasa Turbo Boost) tiada lagi alasan bahawa laptop ini dikategorikan sebagai “lemah” atau “underpowered”.

Alienware 15 2015

Untuk prestasi semasa gaming, ianya amat mengagumkan walaupun tetapan grafik game tersebut sudah ditetapkan pada kualiti tertinggi atau ultra dengan resolusi Full HD (1080). Namun jikalau anda ingin prestasi yang lebih “power”, Dell juga menyediakan unit Alienware dengan versi GTX980M dengan tambahan sebanyak RM1,270.

Contoh game dibawah dengan statistik fps (Frames Per Second) dengan tetapan Ultra dan resolusi Full HD:
Far Cry 4: 48.1 fps
Dragon Age: Inquisition: 35.9 fps
Call of Duty: Advanced Warfare: 46.4 fps
Sumber

Berdasarkan statistik diatas, ianya amat mengagumkan bahawa sebuah gaming laptop amat berkuasa dan mampu menandingi cabaran grafik dengan tajuk-tajuk game terbaru.

Untuk model reviu kami juga dihadiri dengan 8GB pemprosesan (RAM) dan 1TB 5,200rpm HDD dimana ianya tidak begitu cekap menguruskan “multi tasking”. Berdasarkan pengalaman kami, kerana ketidaksuaian software Windows 8.1 dengan sesetengah hardware laptop ini, kami syorkan anda membeli model yang disertakan dengan unit SSD atau membuat permintaan dengan pihak Dell untuk “downgrade” ke Windows 7.

Reka Bentuk

Setelah kami membuka laptop ini dari kotaknya, terus kami jatuh cinta dengan reka bentuk yang amat solid dan seksi. Reka bentuk seakan “Hexagon” yang menyerupai abang saudaranya, Area 51. Chasis seakan Aluminium dan tekstur Matte didalam.

Alienware-15-Chassis

Dengan lambang terkenal Alienware yang boleh dinyalakan dengan lampu AlienwareFX dengan pelbagai tetapan dan warna cahaya untuk penyesuaian diri. Setelah anda membuka “lid” laptop ini, anda akan melihat sebuah laptop saiz 15.6″ dengan reka-bentuk yang menarik.

Alienware-15-Logos

Semuanya disusun dengan rapi, kedudukan webcam diatas skrin, manakala logo perkataan Alienware dibawah beserta dengan logonya tersendiri sebagai butang on/off atau sleep bergantung kepada tetapan.

Dengan reka bentuk yang cantik ini tambahan pula dengan lampu-lampu di sekeliling laptop ini, orang ramai pasti akan menolehkan pandangan kepada laptop anda pabila anda gaming di kopitiam atau kedai kopi Starbucks. Namun, dengan berat 3.207kg, ianya adalah sebuah tugas yang sukar untuk dibawa sekali.

Alienware-15-Macro-Keys

Untuk bahagi papan kekunci, ianya dimulakan dengan 5 “macro keys” dibahagian kiri diikuti dengan papan kekunci yang lembut dan selesa untuk gaming mahupun menaip. Namun untuk laptop sebesar 15 inci ini, malangnya ianya tidak mempunyai bahagian untuk numpad.

Alienware-15-Touchpad

Touchpad yang berlampu adalah salah satu faktor menarik dan terbaru bagi laptop ini. Dengan pendekatan touchpad secara tradisional, kami amat berpuas hati dengan pengalaman touchpad tersebut. Saiz “Palm Rest” yang besar dengan tekstur Matte-Coated adalah amat selesa untuk sesi gaming dalam jangka masa panjang, namun ianya amat mudah meninggalkan kesan-kesan jari atau peluh dari tapak tangan yang amat sukar untuk dicuci.

Alienware-15-Keyboard

Alienware-15-Speaker

Speaker diletakkan dibahagian depan juga beserta dengan lampu Alienware itu sendiri. Pada bahagian sisi kiri laptop ini terdapat beberapa port seperti port power-in, kensington lock, 2 port untuk USB 3.0, jack microphone dan audio.

Alienware-15-Left

Sebelah sisi kanan pula disertakan LAN, 2 port USB 3.0 dan slot untuk SD Card.

Alienware-15-Right-Port

Dibahagian belakang pula dihadiri dengan dua ekzos yang besar untuk kipas laptop ini dan juga port untuk HDMI, DisplayPort dan Amplifier untuk grafik tambahan.

Alienware-15-Behind

Skrin

Keunikan gaming laptop adalah, ianya boleh dibawa kemana yang anda ingini, maka skrin memain peranan penting untuk gaming laptop itu sendiri. Dengan paparan jenis IPS-Panel Anti-Glare 300-nits brightness display, ianya amat cerah dan mengeluarkan kualiti paparan yang cantik walaupun dikawasan luar dengan cahaya matahari, skrin Alienware 15 ini masih lagi dapat mengeluarkan kecerahan yang baik.

Alienware-15-Screen

Bersaiz 15.6″ Full-HD (1920 X 1080), ianya sudah memadai untuk gaming secara portable dimana-mana lokasi. Namun bagi sesetengah pemain ianya agak kecil untuk kepuasan gaming, jikalau terlalu kecil Dell juga sediakannya didalam saiz 17 inci.

Rumusan

Bagi kami, walaupun Alienware tidak lagi mempunyai sistem MXM (dimana anda boleh menaik tarafkan kad grafik laptop anda) namun dengan siri Alienware baru ini, Dell memperkenalkan Amplifier dimana anda boleh slot-kan kad grafik PC Desktop terkini (Contoh AMD R9) kepada Amplifier itu dan pasangkan kabel diantara unit ini kepada laptop Alienware anda. Dengan sambungan ini ianya membantu dari segi prestasi grafik laptop Alienware anda. Juga dengan Amplifier ini, jangka masa untuk laptop Alienware anda berkemungkinan akan lebih lama.

Alienware-15-Exhaust

Namun, kos untuk mendapatkan laptop dan amplifier ini bukan murah, spesifikasi paling murah untuk Alienware adalah dari RM4,999 hingga RM6,677 (Termasuk 6% GST)

Jikalau anda inginkan penambahan kuasa grafik kepada laptop Alienware anda, RM1,338.99 adalah untuk Amplifier sahaja, manakala anda perlu menambah lagi kos sebanyak lebih dari RM1,XXX untuk membeli kad grafik “High End” PC Desktop dipasaran.

Alienware-15-Port-BehindAkan tetapi buat masa sekarang, GTX970M sudah memadai untuk gaming dengan game yang terkini pada tahap Very High atau Ultra dengan resolusi 1080 Full HD.

Alienware adalah sebuah laptop yang unik dari segi fungsi yang diberikan. Dari tetapan lampu / cahaya AlienwareFX yang anda ingini sehingga ke tetapan untuk butang makro yang amat mendalam supaya pengalaman gaming anda lebih seronok dengan laptop ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Pandangan Positif Kami

- Prestasi kad grafik
- Reka bentuk ala-hexagon
- Port Amplifier untuk naik taraf kad grafik

Pandangan Negatif Kami

- Tekstur Matte pada palm-rest
- Kos yang mahal
- Agak berat (3KG)

Markah Kami
Markah Pembaca
Rate Here
Reka Bentuk
9.5
6.6
Kepuasan Gaming
8.0
7.5
Spesifikasi
9.0
8.4
Harga
6.0
4.9
Ulasan

Alienware adalah sebuah laptop yang unik dari segi fungsi yang diberikan. Dari tetapan lampu / cahaya AlienwareFX yang anda ingini sehingga ke tetapan untuk butang makro yang amat mendalam supaya pengalaman gaming anda lebih seronok dengan laptop ini.

8.1
Markah Kami
6.9
Markah Pembaca
6 ratings
You have rated this
Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
2 Comments
Leave a response

Leave a Reply to Hafiz Johar Batal balasan

Reka Bentuk
Kepuasan Gaming
Spesifikasi
Harga