Sebagai siri terakhir untuk game Metal Gear Solid, sudah semestinya banyak angapan bahawa The Phantom Pain akan memberikan kualiti dan pengalaman gaming terbaik buat peminat. Ianya ya atau tidak bagi kami, mengapa? Jom layan reviu kami didalam Bahasa Malaysia dari GamerMalaya.my.
[PESANAN PENAJA] Promosi baharu oleh GameHyperMart, dapatkan diskaun sebanyak 10%. Promosi sah hingga 31hb Oktober 2015. Layari GameHyperMart.com sekarang.
Metal Gear Solid seringkali diperkatakan sebuah game yang unik berbanding kebanyakan game-game yang lain. Ini adalah kerana konsep teknik ala-espionage atau misi secara stealth untuk memburu musuh-musuh membuatkan pemain mempunyai pengalaman yang berbeza semasa bermain. Kini, The Phantom Pain telah ditukarkan secara total dari konsep asalnya. Pemain kini boleh memilih cara untuk menyelesaikan misi dari membawa rocket launcher dengan memanggil helikopter sebagai bantuan dari udara sehingga pistol peluru tranquilizer yang membuat musuh tidur dengan nyenyak untuk pemain masuk tanpa dikesan.
Ini sedikit sebanyak memberi faktor penentuan kepada pemain untuk memilih tentang bagaimana mereka ingin menghabiskan misi-misi yang ada. Sekaligus memberikan impak yang terbaik semasa pengalaman kami bermain game ini. Secara tipikalnya, kita semua sudah tahu bahawa kebanyakan game dipasaran sekarang lebih kepada pengalaman pemain yang seakan mengikut skrip dari pihak pembina namun tidak bagi game dari Hideo Kojima ini.
Isi Kandungan
Dengan konsep open-world, kini pemain mempunyai banyak peluang untuk mendalami konsep game ini sama ada didalam misi atau secara free-roam. Pelbagai misi diberikan, dari Misi utama yang membawa segala jalan penceritaan, Misi sampingan yang sesetengahnya agak penting seperti mendapat partner baharu seperti Quiet dan Misi Combat yang membolehkan pemain mengerahkan askar-askar mereka ke medan perang untuk beberapa tujuan.
Bagi kami isi kandungannya amatlah besar dan memuaskan, kami menghabiskan masa sehingga lebih dari 35 jam hanya untuk menghabiskan misi utama dan pemain mungkin mengambil hampir 100 jam untuk mendapat 100% completion progress.
Grafik
Grafik yang hebat dengan menggunakan teknologi Fox Engine tambahan pula dengan suasana dinamik dari siang ke malam, sehingga hujan atau ribut pasir. Yup, jangan ingat semua cuaca dan keadaan masa ini hanya kosmetik semata, ianya juga membantu untuk melengkapkan misi anda. Malam adalah masa yang terhebat untuk stealth kerana pandangan musuh yang agak terhad, manakala hujan pula membuatkan pemain boleh bergerak pantas kerana musuh tidak dapat mendengar bunyi tapak kaki anda.
Juga dalam masa yang sama, pemain boleh memilih pelbagai jenis baju yang sekaligus memberikan kelebihan untuk pemain dengan suasana semasa misi.
Cakap tentang grafik, banyak perbandingan akan dibuat antara PS4, Xbox One dan juga PC. Amat menakjubkan bahawa kualiti dan grafik untuk platform PC adalah amat memuaskan. Konami telah melakukan yang terbaik untuk porting game ini berbanding dengan pembina game yang lain yang kebanyakannya mempunyai banyak masalah seperti Batman Arkham Knight atau Assassin’s Creed Unity.
Suara
Kualiti suara pula amatlah cemerlang semasa pengalaman gaming bersama game ini. Kesan suara dengan beberapa lagu atau bunyi latar belakang yang hebat. Pilihan muzik juga amatlah menarik dan kena dengan suasana. Beberapa koleksi kaset diberikan daripada lagu-lagu yang terkenal untuk dimainkan semasa misi sehinggalah kaset penceritaan yang lebih lanjut untuk plot jalan cerita game ini. Kami amat mengesyorkan pemain semua mainkan semua kaset tersebut untuk memahami sepenuhnya.
Namun, bagi peminat yang suka bermain secara stealth mungkin tidak akan mempunyai pengalaman yang memuaskan. Ini adalah kerana kesan bunyi latar belakang akan tukar secara tiba-tiba pabila musuh berdekatan walaupun pemain tidak sedari tentang kehadiran mereka.
Rumusan
The Phantom Pain adalah sebuah siri game yang mempunyai banyak perbezaan dari siri game sebelumnya. Berkonsepkan open world, tambahan pula dengan isi kandungan yang komprehensif seperti pengubahsuaian senjata, motherbase dan pengurusan krew yang mendalam. Membawa teman bersama misi juga amatlah unik kerana kepelbagaian fungsi buddy diberikan daripada Quiet yang disukai ramai, sehingga D-Walker untuk peperangan secara berat.
Walaupun mempunyai serba sedikit bug dan masalah kontroversi bersama Kojima dengan Konami, namun ianya tidak memberi impak yang negatif terhadap kualiti dan pengalaman gaming bersama Metal Gear Solid The Phantom Pain ini.
NOTA: Reviu dalam bentuk video tidak dapat dikeluarkan buat masa ini atas masalah teknikal. Harap maaf kepada pembaca sekalian 🙁
[PESANAN PENAJA] Promosi baharu oleh GameHyperMart, dapatkan diskaun sebanyak 10%. Promosi sah hingga 31hb Oktober 2015. Layari GameHyperMart.com sekarang.