Rockstar Memberi GTA$250,000 Untuk Sesiapa Log Masuk GTA: Online Sehingga 31hb Oktober

Untuk menyambut sambutan tahunan GTA: Online yang ketiga, Rockstar mengumumkan bahawa pemain akan mendapat GTA$250,000 dengan hanya log masuk GTA: Online sebelum tarikh akhir 31hb Oktober.

Tawaran ini akan diberikan melalui tiga platform iaitu PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Ganjaran ini akan dimasukkan melalui akaun Maze Bank pada 4hb November 2016.

Rockstar juga menyatakan bahawa pelbagai kandungan seperti kenderaan dan senjata yang akan diberikan diskaun sebanyak 30%.

gta-online

Dalam masa yang sama, game mode baharu yang bertemakan Halloween juga diumumkan. Lost vs Damned adalah sebuah game mode yang menampakkan perlawanan klasik antara pihak baik dan jahat seperti kenyataan Rockstar dibawah:

“The new Lost vs Damned mode is a classic battle between the forces of good and evil, as hordes of Devils and hosts of Angels battle it out for the right to rule. Complicating the conflict will be a day/night cycle that switches every 60 seconds, with night time benefiting the Devils and day time rewarding the Angels – with increased Armor, Health and superior Weapon loadouts during each team’s prime time”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Rockstar.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
50%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
50%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response