Rumusan E3 2015: Sony

Terakhir bagi topik rumusan E3 2015 GamerMalaya, adalah Sony. Dengan banyak kejutan yang diberikan terutama sekali siri Final Fantasy dan banyak pengumuman game baharu oleh Sony pada E3 lepas. Berikut adalah rumusan oleh kami:

The last guardian

Game yang dinantikan oleh peminat PlayStation kini hadir untuk platform PS4 akan datang. Sebagai game eksklusif yang unik dan penuh dengan cabaran sebelum ini kini akan memberi pengalaman baharu kepada pemain. Anggaran akan dilancarkan pada 2016.

Horizon Zero Dawn

Dibina oleh Guerrilla Games, sebuah studio yang sama membina game siri Killzone kini memberikan serba sedikit video gameplay siri baharu mereka, Horizon Zero Dawn. Game yang dengan bersuasana post-apocalyptic dengan gabungan zaman dulu dengan zaman moden.

Final Fantasy 7 Remake

Semasa Sony mengeluarkan video Final Fantasy 7 remake, kami menjerit sehabis mungkin sebagai tanda gembira.

Shenmue 3

Dalam masa yang sama, peminat game J-RPG kini akan dihiaskan dengan game Shenmue 3 akan datang dengan dimulakan oleh program crowdfunding oleh peminat. Setelah mendapat dana yang cukup, projek sekuel Shenmue 3 akan dimulakan.

Uncharted 4

Selepas beberapa teaser dan gameplay video, kini Sony mengeluarkan sekali lagi video gameplay untuk Uncharted 4. Berdasarkan oleh pihak studio pembina, Uncharted 4 akan datang 2016 ini.

Hitman

Ramai yang menyangkakan bahawa Hitman baharu hanyalah semata game baharu dengan konsep dan teknik game yang lama. Namun dengan video yang dipaparkan semasa persidangan E3 Sony, ianya memberikan ulasan yang mendalam dan secara terus menyatakan bahawa siri Hitman kali ini adalah serba baharu dengan banyak perbezaan dari siri yang lepas.

Street Fighter 5

Game perlawanan oleh Capcom kini hadir dengan siri baharu yang akan berada dipasaran Mac 2016.

No Man’s Sky

Selepas pengumuman game ini pada E3 lepas, kini video gameplay dikeluarkan buat pertama kalinya. Berdasarkan video yang dipaparkan, ianya amat menakjubkan dengan isi kandungan yang besar dengan penuh pengalaman gaming baharu. Namun masih lagi tiada berita terkini tentang tarikh yang akan dipasarkan untuk game ini

Destiny – The Taken King

Destiny kini akan didatangkan dengan Expansion baharu daripada Bungie. Berdasarkan dari pihak studio pembina, siri Taken King akan memberi banyak kandungan baharu seperti peta, misi dan banyak lagi. The Taken King akan datang September ini.
Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response