Salah Seorang Pemain Menghabiskan Zelda: Breath Of The Wild Dalam Masa Sejam

Now Reading
Salah Seorang Pemain Menghabiskan Zelda: Breath Of The Wild Dalam Masa Sejam

Bermainlah dengan berhemah

Didalam dunia gaming ada satu istilah yang terkenal iaitu “speed-run“. Ianya bermakna bermain dengan kadar secepat mungkin untuk menghabiskan misi utama permainan tersebut.

Hari ini, salah seorang pemain Zelda: Breath Of The Wild, gymnast86 telah mencatatkan rekod dengan menghabiskan permain tersebut didalam masa 58 minit dan satu saat, sekaligu mendapat rekod dunia dan mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, Orcastraw dengan masa lebih kurang 3 jam dan 40 minit.

Ini terjadi atas keunikan dan kreativiti pemain dengan membuat analisa terhadap selok belok permainan ini dari segi cara berlari untuk menjimatkan stamina yang berterusan.

Beberapa kontroversi juga dibangkitkan atas sebab beberapa pemain menggunakan kelebihan dalam permainan dari Amiibo yang diperkatakan salah satu teknik “menipu”.

Walaupun beberapa perubahan dan kemaskini dibuat oleh pemaju permainan ini untuk mengurangkan kadar rekod speedrun, namun ianya masih lagi boleh dipecahkan dengan pelbagai cara yang dibuat oleh pemain-pemain diseluruh dunia.

Sumber: Kotaku

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
67%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
33%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response