Serangan Skala Penuh Untuk Siri Resident Evil – Capcom

Mengikut dari sumber salah seorang ahli laman web komuniti NeoGAF, Chobel mendapat maklumat yang tertiris dari Capcom mengenai laporan fiskal kepada pihak pelaburnya. Didalam laporan tersebut satu kenyataan bahawa Capcom inginkan “serangan (pelancaran) skala penuh” untuk siri Resident Evil. Ini menunjukkan bahawa Capcom akan memberi komitmen sehabis mungkin untuk siri ini selain dari Umbrella Corps.

capcomqju8d

Mengikut dari gambar di atas, ini ternyata Capcom akan cuba melancarkan pelbagai siri Resident Evil sebelum tarikh akhir laporannya pada 31hb Mac 2017.

Mengikut dari IGN, Capcom kini didalam proses pembinaan Resident Evil 2 Remake dan juga berjanji akan umum maklumat lanjut tentang Resident Evil 7. Manakala Resident Evil: Umbrella Corps akan dipasarkan pada 21hb Jun, seminggu selepas acara E3 tahun ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response