Now Reading
Skin Fan-Made Paling Menarik Dalam League Of Legends



Skin Fan-Made Paling Menarik Dalam League Of Legends

Artikel ini dipetik dari LigaLagenda, sebuah hasil nukilan sahabat kami, Waghih. Inginkan artikel anda terpapar di GamerMalaya? Hubungi kami di gamermalaya.my@gmail.com.


Semenjak League of Legends ditubuhkan pada 27 Oktober 2009, lebih dari 130 Champion sudah dicipta untuk permainan ini saja dengan beratus-ratus Skin yang boleh dibeli. Ada juga artis yang mencipta konsep Skin menarik yang dibuat khas untuk menepati citarasa pemain LoL pada Champion kegemaran mereka. Di sini kami ingin menunjukkan 8 Skin Fan-Made yang paling menarik dan sepatutnya ada dalam League of Legends.


Star Guardian Urgot oleh IBraliu, KoriiNee, dan Sardonyx.

Untuk permulaan, mari kita mulakan dengan Champion klasik iaitu Urgot. Saya merasa kesian terhadap nasib Champion ini kerana beliau sering dipandang rendah selain menjadi meme League yang begitu popular. Sejak Star Guardian Lux dikeluarkan pada Mei 2015, para peminat memberikan cadangan Champion lain yang sesuai untuk menerima Skin Variasi Star Guardian.

Daripada semua cadangan yang dikumpulkan, nama Urgot menjadi pilihan utama komuniti LoL, sehingga menjadi topik hangat di Reddit. Ia menjadi sebutan sehinggalah sekarang. Kami juga sependapat Champion ini sangat-sangat memerlukan Skin atau setidaknya ‘rework’ supaya pemain akan kembali bermain sebagai Urgot. Buat Skin ni, Riot !!!


Molten Zac oleh Noah Warner

Penghargaan harus diberi kepada artis Noah Warner, kerana segala kerja yang digunakan untuk mencipta Skin Molten Zac dari A sampai Z ini begitu menakjubkan. Daripada ‘skillshots’ QWER hinggalah ke Passive, semuanya menawarkan kesan efek yang mantap seperti lava gunung berapi yang mengalir yang kemudiannya mengeras menjadi pepejal (solid).

Memandangkan lava mempunyai konsistensi yang serupa serta bertindak balas dalam pergerakan, ciri-ciri ini sebenarnya sangat menepati habitat Zac dan berkemungkinan besar akan menjadi realiti di masa hadapan.


Volcanic Fizz oleh dragon7350

Untuk menukarkan Fizz kepada seekor naga adalah satu perkara, mencipta konsep 3D untuk Champion ini telah membawa suatu peluang yang baru. Skin ini ibarat betul-betul dijual dalam permainan League of Legends.

Apakah akan berlaku sekiranya Fizz bukanlah bangsa Atlantean? Cuba bayangkan, jika mengikut teori ‘parallel universe’, Fizz merupakan bangsa kuno yang menjadi penghuni lava dan bukannya bangsa laut? Kami merasakan skin sangat sesuai dengan Fizz dan memenuhi segala kriteria yang diperlukan.


Elderwood Kindred oleh VegaColors

Skin Variasi Elderwood untuk Champion Kindred berkemungkinan besar akan menjadi realiti sekiranya reka bentuk oleh VegaColors diambil oleh Riot Games sebagai panduan.
Memandangkan Kindred merupakan simbol kematian dalam kisah LoL, menukarkan konsep Champion kepada simbol kehidupan merupakan pilihan yang tepat.

Serigala Kindred telah ditukarkan menjadi seekor rusa, manakala konsep Kindred sebagai seekor kambing telah berubah seorang manusia/elvish. Warna ‘Birch’ dan ‘Ebony’ ini juga boleh dijual asing sebagai skin dalam kategori kroma.


Ravenborn Xayah oleh Slown Damn

Ia tidak mengambil masa yang panjang untuk Xayah menerima konsep skin yang baru walaupun Champion ini baru sahaja dikeluarkan. Xayah  merupakan pejuang kebebasan dan juga sebahagian dari puak pemberontak. Jadi Skin Variasi Ravenborn yang mempunyai tema ‘darker light’ ini sangat menarik untuk dilihat terutamanya pada Xayah.

Namun begitu apakah punca utama Xayah memilih jalan ke arah kejahatan ? Kekasih beliau, Rakan sudah mati ? Kena ‘brainwash’ ? Skin ini bakal memberikan kisah baru kepada perjalanan hidup Xayah. Ia akan menjadi lebih menarik sekiranya Champion Rakan juga menerima skin sebegini. Lagipun Champion ini adalah pasangan cinta dalam dunia LoL.

Star Guardian Ahri oleh LRY CiteMER

Satu lagi konsep Skin Star Guardian juga masuk dalam senarai skin fan-made yang paling menarik. Menerima gelaran sebagai “Fallen Star”, projektil Champion diubah menjadi seperti seekor makhluk kucing yang comel. Ahri agak kelihatan seperti kembar kepada Star Guardian Lux.

‘Splash art’ yang dicipta oleh artis ini, berpotensi menjadi salah sebuah ‘splash art’ yang akan diterima oleh Riot Games. Star Guardian juga dikatakan akan dihasilkan untuk Champion Ezreal dan Syndra di masa hadapan.


Arclight Yorick oleh Vlad Bacescu

Yorick tidak menerima pembaharuan dari segi skin sejak 5 tahun lepas, jadi ia agak mengujakan ramai pemain sekiranya Yorick menerima skin ini. Arclight Yorick menampilkan kisah penjaga kubur ini, dalam perjalanan ke arah penebusan, suatu peluang untuk melihat cahaya setelah menghabiskan sisa hidup dalam kegelapan.

Skin ini membuka peluang kepada Yorick untuk dilahirkan semula dari sumpahan yang menyebabkan beliau tidak boleh mati. Gambar kedua Arclight Yorick dah macam menyerupai Champion Vel’Koz.


Kitsune Kindred oleh JellyEnvy

Satu lagi skin konsep khas untuk Champion Kindred, di mana pengaruh budaya Timur di negara Jepun, sebagai asas utama. Serigala Kindred dilambangkan sebagai Yokai, suatu roh musang atau kitsune yang biasa dikenali dalam budaya tempatan Jepun, dan konsep Kindred sebagai seekor kambing pula dilambangkan sebagai Tsuki no Usagi (Arnab Bulan).

Kitsune mengikut mitos rakyat Jepun, sebenarnya mewakili sebuah entiti spiritual, manakala Tsuki no Usagi sebagai penawar kepada kehidupan. Mungkin skin ini akan dikategorikan sebagai skin dalam variasi Blood Moon berdasarkan simbol bulan sabit merah berdasarkan gambar di atas.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response