Street Fighter V – Pasukan Malaysia Memenangi Tempat Ke-3 di ABUGET CUP 2016

Acara The Capcom Pro Tour sekali lagi membawa pelbagai aksi perlawanan yang diberikan di seluruh dunia. Asia Tenggara juga adalah salah satu rantau yang dipilih untuk pencarian bakat hebat untuk perlawanan Street Fighter V khususnya.

Kali ini ABUGET Cup, yang diadakan di Indonesia adalah sebuah acara perlawanan Street Fighter V yang dimana pasukan tempatan kita (Pasukan Flash Vision) juga turut serta buat kali pertama bagi mereka. Flash Vision (yang ditaja oleh ViewSonic) diwakili oleh empat pemain iaitu, VS FV|Kofmaster, VS FV|IamChuan, VS FV|Endy dan VS FV|Shawnw.

Perlawanan ini juga menyaksikan persaingan dari pemain yang hebat di rantau Asia Tenggara, khusunya untuk menaikkan markah mereka di carta Capcom Pro Tour supaya layak bertanding di Capcom Cup, sebuah acara perlawanan finale pada November ini. Pemain terkenal seperti HM|GO1, HM|Eita dan Yukadon. Mereka adalah bukan calang-calang, terutama sekali prestasi hebat mereka dengan meraih 8 teratas pada EVO yang lepas.

Ahli pasukan Flash Vision menunjukkan taring mereka dimana Shawnw menarik perhatian ramai dengan karakter Juri, sebuah karakter yang diperkatakan agak lemah dengan tier-kebawah namun mendapat tempat ke-8. Malah, laman web informasi terkenal untuk komuniti game perlawanan (FGC), Eventhubs juga tidak menafikan kehebatan pemain tempatan ini.

Kofmaster juga mampu melumpuhkan lawan yang hebat seperti Yukadon dan Bonchan sebelum beliau mendapat tempat di pusing akhir. Dengan menggunakan F.A.N.G sebagai karakter untuk bertanding, Kofmaster amat mengagumkan semua dengan prestasi hebat mereka dengan pemain hebat dan terbaik dari Jepun. Namun kemenangan beliau tidak mampu diteruskan dengan tewas pada tangan HM|Eita, pemenang acara ini, malah juga tewas dengan HM|GO1 untuk mendapatkan tempat kedua. Namun kemenangan ditempat ketiga haruslah dipuji buat pemain Malaysia yang julungkalinya bermain didalam acara ini. Kofmaster pernah memenangi acara IT Centre Cup 2016 beberapa minggu yang lalu.

IamChuan, pemenang Street Fighter V di Selangor Cyber Games tidak mampu memberikan prestasi hebat beliau didalam acara ini, malah terpaksa menghadapi pasukan sendiri, Endy.

IamChuan Mencatat Sejarah Dengan Pemain 8 Terhebat Di Asia Tenggara

Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Flash Vision dengan pemain mereka yang hebat. Ini adalah salah satu pencapaian yang harus dibanggakan khususnya untuk industri eSukan di negara kita.

Berikut adalah senarai pemenang ABUGET Cup 2016 (Mengikut dari Eventhubs):

 

1. HM|Eita (Ken)
2. HM|Go1 (Chun-Li)
3. VS|KoFMaster (F.A.N.G)
4. RB|Bonchan (Nash)
5. YouDeal|Yukadon (Nash)
5. Shamwow (Chun-Li)
7. FV|Chuan (Guile)
7. FV|Shaunw (Juri)

9. CG|Arreyvan (M. Bison)
9. FV|Endy (F.A.N.G)
9. AronManurung (Nash)
9. Kontoru (Dhalsim)
13. Cahyanto
13. Dion Pakyon (Guile)
13. TGU|MindRPG (M. Bison, Necalli, Urien)
13. Susubabi (R. Mika, Ryu)

(Kredit gambar kepada Group Facebook Malaysian Fighting Game Community. Terima kasih Suk Tuck Ng!)

Artikel Asal Didalam Bahasa Inggeris

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
1 Comments
Leave a response

Leave a Reply to mydon Batal balasan