Super Mario Run Akan Hadir Kepada Peranti IOS

Sebuah berita yang agak mengejutkan, bahawa Nintendo mengumumkan Super Mario Run akan hadir kepada peranti mudah alih IOS kelak. Namun ini adalah serba sedikit dari perancangan Nintendo itu sendiri mengenai fokus mereka untuk pembinaan game kepada peranti mudah alih.

Ianya diumumkan semasa acara persidangan Apple dengan pengumuman peranti iPhone 7 baharu mereka. Shigeru Miyamoto, salah seorang yang tidak asing di dunia gaming khususnya untuk platform Nintendo mengambil alih pentas semasa persidangan untuk mengumumkan game baharu ini. Beliau juga menerangkan bahawa ianya mudah dikendali dengan hanya menggunakan satu jari untuk bermain dan pemain perlu sentuh skrin lebih lama untuk membolehkan Mario berlompat dengan lebih tinggi.

Berikut adalah beberapa maklumat lanjut mengenai game tersebut:

mario-run-2 mario-run

Setakat ini tiada tarikh yang ditetapkan, namun mengikut jadual ianya akan hadir di AppStore pada Disember tahun ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response