Switch Adalah Konsol Dengan Prestasi Jualan Terpantas Bagi Nintendo

Now Reading
Switch Adalah Konsol Dengan Prestasi Jualan Terpantas Bagi Nintendo

Walaupun konsol ini menerima beberapa unsur negatif seperti, harga jualan yang mahal di Asia dan isu bateri yang sama dengan Note 7, namun prestasi jualan Nintendo Switch sebagai konsol hibrid ini masih lagi memberangsangkan dan memecah rekod jualan bagi Nintendo.

Mengikut dari Nintendo America (melalui temubual bersama dengan New York Times), Nintendo Switch telah mencapai rekod jualan tertinggi dari konsol Nintendo yang lain didalam masa dua hari selepas tarikh pasaran.

Malah, permainan yang dikeluarkan bersama, The Legend of Zelda: Breath of the Wild juga mencapai rekod yang memberangsangkan, sehingga mencipta sebuah permainan yang terlaris dari syarikat tersebut, sekaligus merampas takhta rekod sebelumnya, Super Mario 64.

Namun ini hanyalah data buat sementara untuk jangka masa pendek. Sama-sama kita nantikan prestasi jualan konsol ini selepas sebulan dari tarikh pelancaran.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response