Syarikat CD Projekt Red (Witcher) Kini Lebih Bernilai Dari Capcom

Now Reading
Syarikat CD Projekt Red (Witcher) Kini Lebih Bernilai Dari Capcom

Setelah kejayaan yang hebat melalui permainan video The Witcher 3 yang lepas, CD Projekt Red sekali lagi mencapai satu lagi kejayaan dengan memperoleh nilai syarikat yang tinggi buat masa ini. Studio yang terletak di Poland ini kini telah mencapai nilai syarikat yang tinggi, iaitu sebanyak USD $1.6 bilion. Lebih tinggi jikalau ingin dibuat perbandingan dengan syarikat gergasi dari Jepun, Capcom yang bernilai USD $1.38 bilion.

Atas sebab pelancaran Witcher 3 yang menakjubkan, harga saham syarikat CD Projekt Red melonjak naik dari USD $4.18 kepada USD $17.20 seunit hanya didalam masa dua tahun.

Mengikut dari Gamasutra (Melalui PCGamer), lonjakan positif adalah diatas faktor permainan video The Witcher 3 beserta dengan expansion seperti Hearts of Stones dan Blood and Wine. Platform jualan permainan video tanpa DRM, GOG juga salah satu sebab ianya memberi impak yang baik buat mereka.

Cyberpunk 2077 yang masih lagi didalam pembinaan berkemungkinan akan menambahkan lagi nilai terhadap syarikat ini semasa pelancaran kelak.

Laporan kewangan tahunan CD Projekt Red akan diumumkan pada penghujung bulan Mac ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response