Tarikh Acara GameStart 2016 Diumumkan

GameStart Asia, sebuah acara pameran gaming terulung di Asia Tenggara kini kembali lagi untuk kali ketiga di Singapura tahun ini. Bertarikh pada 7hb – 9hb Oktober ini, GameStart akan bertempat di lokasi yang sama seperti tahun lepas, Suntec City Convention, Singapura.

Mengikut dari statistik tahun lepas, lebih dari 17,000 pengunjung dicatat dengan jayanya bagi acara gaming ini. Beberapa syarikat gergasi gaming juga hadir seperti Sony, Bandai Namco, Blizzard, Capcom dan juga Warner Bros.

Aritkel Berkaitan: Pendapat kami tentang GameStart 2015

Pelbagai acara juga dibuat pada GameStart 2015 yang lepas seperti pengumuman beberapa game baharu, acara perlawanan eSports secara umum dan juga pertandingan cosplay.

Salah satu perkara yang penting dari acara tahun lepas adalah PlayStation VR dipertontonkan buat pertama kali kepada umum di serantau Asia Tenggara.

Ikuti kami di Facebook atau langgani emel mingguan kami untuk mendapatkan informasi kini tentang GameStart 2016.

GamerMalaya adalah rakan media Acara GameStart Singapura

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
100%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response