fbpx

Technomancer Mendapat Video Trailer Baharu – Pengenalan Sistem Companion

Jikalau anda tidak pernah mendengar tentang game ini, Technomancer adalah sebuah game yang bertemakan cyberpunk dan berkonsepkan rpg sains fiksyen juga disertai adegan sinematik dengan perbualan interaktif kepada pemain. Dibina oleh studio bernama Spiders dari Perancis, ianya akan mula dipasarkan pada platform utama seperti PC, Xbox One dan PlayStation 4.

Bukan itu sahaja, Spiders mengeluarkan video trailer baharu untuk menerangkan sistem companion, dimana anda boleh memilih pasangan tambahan untuk membantu menyelesaikan misi yang dihadapi.

Tambahan dari video diatas, mereka juga menyatakan bahawa setiap pasangan mempunyai karakter dan skil yang berbeza juga amat berguna apabila pemain memilih mereka pada misi yang sesuai mengikut dari kemampuan pasangan tersebut.

“Setiap pasangan anda mempunyai emosi, pilihan, dan juga kod moralnya tersendiri.” Jelas dari narator melalui video diatas. “Jikalau anda melakukan sesuatu yang membuatkan pasangan anda tidak suka, mereka akan membantah aksi anda malah akan meninggalkan kumpulan anda. Namun pasangan anda boleh menjadi seorang rakan yang baik jikalau anda membuat keputusan yang betul untuk mereka.” Kata narator video itu lagi.

The Technomancer akan berada dipasaran pada 28hb Jun 2016.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -