Tentang Kami
KENALI KAMI LEBIH LANJUT
GamerMalaya ditubuhkan: April 2015
“Bila Malaya Cakap Pasal Game”
Gamer Malaya adalah sebuah laman web informasi terkini dan komprehensif berkenaan industri game di Malaysia, Asia dan juga Antarabangsa. Artikel terkini tentang platform seperti PlayStation 4, Xbox One, PC sehingga tentang gaming daripada Sony, Nintendo, EA dan lain-lain.
Tujuan GamerMalaya.my ditubuhkan adalah dengan sebab untuk memberikan berita informasi terkini dan dalam masa yang sama dapat mengumpulkan komuniti gamers seluruh Malaysia untuk memudahkan pemain berjumpa kawan-kawan gamers dan bermain secara multiplayer atau online.
Kandungan kami adalah didalam Bahasa Malaysia namun kerana kebiasaan kita berbahasa Inggeris didalam game, sesetengah artikel-artikel di GamerMalaya ini akan mempunyai serba sedikit campuran Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk keselesaan pembaca.
Jikalau anda lebih minat membaca didalam bahasa Inggeris sepenuhnnya, kami juga sediakan GamerMalaya didalam dwibahasa. Layari http://en.gamermalaya.my
PENCAPAIAN KAMI
- Rakan Strategik – GameHyperMart
- Rakan Media 2015 – GameStart Asia
- 10,000 Facebook Fans bawah dari 1 tahun
IKUTI KAMI
Juga dalam masa yang sama, ikuti laman web sosial kami untuk mendapat informasi terkini. Psst, kadang-kadang kami akan berikan hadiah (Seperti game percuma) didalam Facebook atau Twitter kami.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di gamermalaya.my@gmail.com
Perancangan Gamer Malaya pada masa akan datang!
Antara perancangan kami dalam masa hadapan.
– Laman web komuniti untuk gamers diseluruh Malaysia
– Sistem berjadual untuk gamers mencari pemain multiplayer di GamerMalaya
– Sistem “Clan” dimana anda boleh bina team anda di GamerMalaya
– Forum khas untuk Game di GamerMalaya
Sertai Kami!
JOM! Kami di Gamer Malaya perlukan gamers seperti anda untuk membantu kami mencapai misi kami untuk menjadi sebuah laman web gaming pilihan Malaysia! Ayuh bantu kami membina bersama dengan komuniti gamers secara tempatan di GamerMalaya.my!
Minat menulis artikel tentang berita terkini tentang gaming atau reviu game terkini? Klik sini>>
Mempunyai channel Youtube tentang gaming? Atau ketua clan yang ingin mencari lebih ahli untuk bermain online? Atau ingin membuat program TTS / Gathering bersama gamers? Klik sini>>