The Crew Kini Mencecah 12 Juta Pemain – Studio Pemaju Mengucapkan Terima Kasih

Now Reading
The Crew Kini Mencecah 12 Juta Pemain – Studio Pemaju Mengucapkan Terima Kasih

Walaupun mempunyai pelancaran yang tidak memberangsangkan, The Crew, permainan perlumbaan dunia terbuka dari Ubisoft kini mencapai rekod 12 juta pemain.

Permainan yang dilancarkan pada tahun 2014, ianya pernah dirombak semula dengan penambahbaik grafik yang besar pada tahun 2015 melalui expansion baharu mereka, Wild Run dan Calling All Units.

Jumlah ini agak mengagumkan khususnya bagi studio Ivory Tower, selaku studio pemaju permainan ini. Mereka juga mengeluarkan kenyataan melalui laman blog rasmi mereka dengan ucapan terima kasih dari 12 staf mereka.

Ubisoft juga pernah menyediakan permainan ini secara percuma kepada pemain bersempena dengan sambutan ulangtahun 30 tahun mereka pada tahun lepas. Maka dengan pemberian tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada rekod 12 juta ini.

The Crew boleh dimain melalui platform PS4, Xbox One, Xbox 360 dan PC.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Scott Ryder
Peminat permainan angkasa lepas. Siri trilogi Mass Effect adalah salah satu permainan dimana Scott akan bermain berpuluh kali sehinggakan cakera permainan tersebut pecah kepanasan.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response