Tiada Lagi Kesesakan Jalan Dengan Cities: Skylines – Mass Transit

Now Reading
Tiada Lagi Kesesakan Jalan Dengan Cities: Skylines – Mass Transit

Penerbit permainan simulasi bandar terkenal, Paradox Interactive memuat naik video baharu beberapa hari yang lepas mengenai expansion yang akan datang untuk permainan Cities: Skylines.

Kandungan tambahan yang bernama Mass Transit ini akan lebih memfokuskan kepada khidmat pengangkutan awam supaya perancangan trafik bandar akan lebih teratur dan efektif.

Mengikut dari video yang dikeluarkan, penambahan sistem feri, kereta kabel, monorail mahupun hub pengangkutan yang mengintegrasikan pelbagai jenis pengangkutan awam didalam satu bangunan.

Dengan penambahan jenis pengangkutan melalui expansion ini, maka ianya sedikit sebanyak menambah baik prestasi kewangan dan pendapatan bandar.

Selain dari itu, pelbagai jenis jalan, jambatan dan terowong juga akan diberi untuk menyelesaikan masalah trafik.

Cities: Skylines – Mass Transit akan hadir tidak lama lagi, namun tiada tarikh tetap diumum setakat ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response