Psyonix: Tidak Akan Ada Rocket League 2 Didalam Masa Terdekat

Now Reading
Psyonix: Tidak Akan Ada Rocket League 2 Didalam Masa Terdekat

Psyonix, sebuah pemaju untuk permainan terkenal Rocket League telah mengesahkan bahawa tiada sekuel baharu untuk permainan tersebut dalam masa terdekat.

Ini telah disahkan oleh Naib Presiden studio tersebut, Jeremy Dunham kepada Kinda Funny (Melalui IGN) bahawa studio ini ingin memfokuskan masa mereka kepada penambahbaikan dan kandungan tambahan untuk siri Rocket League sekarang.

Peningkatan pemain dan komuniti yang hebat adalah salah satu sebab sehinggakan mereka mempunyai 29 juta pemain dari 10.5 juta unit terjual. Dari jumlah pemain tersebut, Rocket League mempunyai 7 juta pemain aktif pada bulan lepas.

“Tujuan kami adalah untuk membuat Rocket League sebuah permainan video yang lebih baik supaya kami tidak kehilangan pemain yang kami telah bina sekarang.”

Kata beliau dari video dibawah lagi tentang fokus mereka kepada permainan ini untuk mengukuhkan komuniti pemain mereka.

Pelbagai kandungan diberi baru-baru ini, seperti DLC Hot Wheels dan Dropshot Mode kepada pemain, dan dijangka DLC baharu akan hadir pada masa akan datang.

Selain dari itu Psyonix juga ingin membina reputasi permainan ini kepada arena eSukan yang lebih besar. Dengan pelaburan sebanyak USD $2.5 juta, sudah semestinya pelbagai sebab utama mengapa mereka tidak akan mempunyai sekuel permainan ini dalam masa terdekat.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response