fbpx

Trend Minggu Ini @ GamerMalaya (Julai)

Trend #5: Mario Dengan Teknologi Unreal Engine 4

Siapa taknak tengok game klasik Nintendo, Mario dengan kualiti grafik yang canggih serba cantik? Video yang dikeluarkan adalah salah satu video yang dimuat naik oleh peminat pada platform Youtube. Malangnya ianya hanyalah video semata, sudah tentu kita tidak dapat bermain game Mario dengan teknologi ini.

Trend #4: Minecraft Terjual Lebih Dari 20 Juta Untuk PC

Minat atau tidak, Minecraft adalah salah satu artikel tertinggi daripada pembaca kami yang dimana game yang dibina oleh pihak Mojang kini sudah mencapai 20 Juta unit terjual untuk platform PC sahaja. Belum tambah lagi statistik Konsol dan platform Mudah Alih.

Trend #3: Pandang Pertama – Batman: Arkham Knight

Buat julung kali kami membuat pandang pertama game Batman: Arkham Knight didalam Bahasa Malaysia.

Trend #2: Penjualan Batman Didalam Pelayar Steam Digantung

Minggu ini adalah minggu Batman. Ada berita baik dan buruk, terutama sekali kepada pemain platform PC yang kini telah digantung buat sementara waktu atas sebab ketidakstabilan game ini terhadap platform tersebut. Setakat ini masih lagi tiada berita terkini mengenai isu PC ini.

Trend #1: PlayStation Baharu Diumumkan – Kapasiti 1TB

- Iklan -

PS4 1TB 2015

Ini menampakkan bahawa Gamers Malaysia masih lagi mencari-cari konsol baharu mereka untuk konsol generasi akan datang, PS4. Kini Sony telah mengumumkan bawah kapasiti 1TB telah berada dipasaran sebaik selepas Microsoft mengumumkan berita yang sama mengenai konsol Xbox One mereka.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -