#TwtupGamersMY – Program Yang Mengakrabkan Sesama Gamers di Malaysia

#TwtupGamersMY sebuah program gathering sesama gamers yang berkonsepkan lepak & chill, ianya telahpun berakhir dengan jayanya semalam. Kami sebagai krew GamerMalaya amat terhibur dan berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan baharu gamers semasa program Gathering ini.

Apakah Itu #TwtupGamersMY?

Gamers secara khususnya bermain game sama ada secara solo (sendiri) ataupun dengan rakan-rakan untuk pengalaman yang lebih menghiburkan. Pelbagai game yang memfokuskan kepada konsep MMO, iaitu bermain secara online bersama rakan seperti Destiny, Rainbow Six Siege dan juga game baharu The Division.

Maka inisiatif program ini adalah untuk mengumpulkan semua gamers diseluruh Malaysia untuk berjumpa dan berborak mahupun berbincang tentang pengalaman gaming mereka tersendiri. Sekali gus dengan program ini juga gamers sekelian akan mendapat berjumpa rakan baharu yang mempunyai minat yang sama.

2 Kali Ganda Penyertaan Berbanding Dengan Tahun Lepas

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh tuan pengacara @LordRizal dari Rambling Monkeys Podcast. Menurut dari ucapan beliau, peserta tahun lebih memberangsangkan berbanding tahun lepas, dengan penambahan sehingga hampir 60 peserta dari hanya 20 orang dari tahun lepas. Tahun ini juga lebih menarik dengan penampilan istimewa iaitu @RamonaAzween, seorang gamer dan juga artis Youtube dengan pencapaian beliau selaku duta BenQ Malaysia.

Banyak peserta yang hadir untuk menjayakan program ini, seperti rakan-rakan Youtubers dari Nerd Gaming Malaysia, Aiman Johan (Naked Monkey), kumpulan Malaysian Female Gamers, beberapa krew dari JomGaming.my dan juga wakil dari kurator @twt_dota. Juga rakan bersama turut membantu memeriahkan acara ini, seperti Kitamen, Tru Communique, Rambling Monkey Podcast, The Kampung Nerd dan juga kami dari GamerMalaya.

Pelbagai Aktiviti Disediakan

Untuk memeriahkan lagi keadaan, aktiviti seperti mini tournament dengan game Street Fighter V dan juga Super Smash Bros disediakan, tambahan pula dengan cabutan bertuah disediakan yang ditaja oleh beberapa rakan bersama yang dinyatakan diatas.

Program berakhir dengan sesi bergambar bersama semua peserta #TwtupGamersMY.

#TwtupGamersMY 3.0 (2016)?

Sudah semestinya acara yang lebih besar perlu diadakan pada tahun hadapan. Peningkatan peserta yang memberangsangkan dari tahun lepas, menunjukkan betapa positifnya industri gaming di tanah air Malaysia ini. Acara sebegini amatlah penting khususnya kepada industri gaming di Malaysia dan sekaligus menukar beberapa anggapan remeh dari umum tentang betapa pentingnya industri ini untuk anak muda dan masa depan mereka.

Krew disebalik penganjuran #TwtupGamersMY

Kami dari GamerMalaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur, rakan sokongan sama, peserta dan semua yang terlibat. Jumpa lagi pada #TwtupGamersMY tahun hadapan.

NOTA: Media penuh dibawah, klik untuk saiz penuh.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response