Uncharted 4 Terjual Hampir 9 Juta Unit Diseluruh Dunia

Ternyata walaupun beberapa kali tertunda, Uncharted 4: A Thief’s End adalah sebuah permainan video yang dipasarkan dengan jayanya. Dengan rekod sebanyak 2.4 juta unit terjual didalam masa seminggu sahaja, Sony sekali lagi mengumumkan statistik jualan permainan ini dengan peningkatan secara drastik kepada 8.7 juta unit terjual diseluruh dunia pada 21hb Disember 2016. Ini sekaligus mendapat rekod sebagai permainan video yang terjual paling banyak didalam segmen permainan eksklusif PlayStation 4.

Kami pernah sentuh mengenai topik buruk baik mengenai penundaan permainan video ini, Uncharted 4 ataupun Witcher 3 adalah contoh terbaik atas kualiti diberikan.

Sony juga mengumumkan bahawa PlayStation 4 terjual 53 juta unit diseluruh dunia semenjak dari tarikh jualan pada tahun 2013, dengan 6 juta darinya adalah dari jualan pada musim cuti bulan lepas.

Uncharted 4 adalah siri terakhir buat pengembaraan Nathan Drake, namun Naughty Dog mengumumkan bahawa expansion The Lost Legacy akan hadir dalam masa terdekat untuk karakter sampingan Drake sebelum ini, Chloe Frazer.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response