Uncharted 4 Terjual Lebih 2.4 Juta Unit Pada Minggu Pertama Selepas Pelancaran

Sony hari ini mengeluarkan statistik rasmi untuk jualan Uncharted 4: A Thief’s End yang telahpun mencecah lebih dari 2.4 juta unit selepas seminggu dari tarik pelancaran. Ini sekaligus mencatat rekod sebagai jualan terpantas untuk kategori game jenis eksklusif pada konsol PlayStation 4.

Rekod ini adalah termasuk dari segi jualan bentuk fizikal dan digital diseluruh dunia sehingga 16hb Mei 2016. Namun statistik ini tidaklah berapa memberangsangkan jikalau dibandingkan dengan siri terdahulu, Uncharted 3: Drake’s Deception dengan jualan sebanyak 3.8 juta unit hanya pada hari pertama selepas pelancaran pada tahun 2009 untuk pasaran PlayStation 3.

Namun statistik diatas tidak boleh dibuat sebagai perbandingan, atas sebab jumlah pemain PlayStation 3 yang amat besar ketika itu, dibanding dengan jumlah pemain PlayStation 4 yang masih lagi meningkat namun tidak lagi melebihi pemain konsol sebelumnya.

Dengan mendapat banyak markah pujian diberikan, Uncharted 4 adalah sebuah siri terakhir bagi pengembaraan Nathan Drake yang dibina oleh studio Naughty Dog, walaupun ura-ura menyatakan siri baharu Uncharted akan hadir dengan hasil kerja studio lain.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan
Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response