2K Games, kini mengumumkan siri game yang dinantikan, Mafia III. Bersempena dengan acara Gamescom, 2K kini mengeluarkan beberapa video dan galeri gambar untuk sekuel Mafia ini.
Bermain sebagai Lincoln Clay, di kota New Orleans sebagai seorang yang berdendam dengan ahli kongsi gelap yang pernah menyerang keluarga beliau. Game ini berkonsepkan open-world seperti siri Mafia yang lepas.
Informasi lebih lanjut dan tarikh pasaran diperkatakan akan diumum pada acara Gamescom minggu ini.