WarriorsGaming.Unity Dari Malaysia Memenangi WCA (Dota 2) di China

WCA (World Cyber Arena) adalah sebuah pertandingan kompetitif eSukan di China. Pelbagai pasukan eSukan dari seluruh dunia hadir dan bertempur untuk mendapat tempat pertama.

WarriorsGaming.Unity, sebuah pasukan dari Malaysia mencatat rekod mereka dengan memenangi tempat pertama di WCA untuk kategori perlawanan Dota 2, semalam. Dengan kemenangan tersebut, mereka membawa pulang hadiah tunai sebanyak 200,000 China Yuan (Anggaran RM125,000). Mereka menewaskan beberapa pasukan yang hebat seperti MVP Phoenix (Korea Selatan), TnC Gaming (Filipina) dan Siganture.Trust (Thailand).

13227090_799237203540070_7551081300747130280_n

Dalam masa yang sama, MVP Karnal juga dari Malaysia mendapat tempat kedua didalam kategori perlawanan Counter Strike: GO dengan hadiah tunai sebanyak 50,000 China Yuan (Anggaran RM32,000).

RALAT: Mereka memenangi pusingan KELAYAKAN untuk acara WCA utama pada Disember ini di YinChuan. Minta maaf atas kesilapan maklumat yang kami berikan.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response