Watak Utama Watch_Dogs 2 Diumumkan Secara Rasmi

Setelah beberapa gambar dan maklumat tertiris mengenai Watch_Dogs 2, kini Ubisoft mengeluarkan video mengenai watak utama secara rasmi melalui akaun Youtube mereka.

Marcus, adalah nama protagonis utama Watch_Dogs 2 yang menceritakan bahawa beliau dituduh membuat jenayah yang bukan dilakukan oleh beliau sendiri.

San Francisco adalah bandar yang dipilih untuk siri kedua game yang membawakan teknologi penggodaman untuk menumpaskan musuh dengan cara yang unik. Seperti siri yang sebelumnya, Marcus mampu menggodam beberapa sistem teknologi dari ctOS 2.0 yang berintegrasi dengan teknologi dibandar seperti drone, kereta, kren, robot dan banyak lagi. Mengikut dari lagi satu video rasmi, Watch_Dogs 2 mempunyai beberapa penambahbaikan khususnya daripada fizik pabila pemain memandu kereta.

Watch Dogs akan hadir ke platform Xbox One dan PC pada 15hb November ini, namun tiada maklumat mengenai platform PlayStation 4.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
50%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
50%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response