fbpx

Xbox One Boleh Dinaiktaraf Kepada Kit Pembangunan

Antara ciri Xbox One yang pernah dijanjikan oleh Microsoft semasa pelancarannya adalah kemampuan untuk dinaiktaraf kepada kit pembangunan (dev kit) pada kemaskini akan datang. Janji tersebut bakal ditunaikan oleh Microsoft melalui fungsi ‘Dev Mode’ melalui kemaskini Xbox Preview yang akan datang. Antara objektif Microsoft memberikan fungsi ini adalah untuk meluaskan lagi pembangunan aplikasi untuk rangka kerja Universal Windows Platform (UWP) untuk unifikasi peranti-peranti Microsoft seperti Xbox dan Windows 10.

Namun begitu, terdapat beberapa had dalam pengunaan Xbox One versi pengguna untuk kit pembangunan jika dibandingkan pengunaan kit pembangunan rasmi. Antaranya ialah pengehadan pengunaan sumber perkakasan untuk pembangunan seperti:

  • 448 MB RAM daripada keseluruhan 8GB RAM, tetapi bakal dinaik kepada 1 GB pada kemaskini seterusnya
  • 45% keupayaan GPU
  • 2-4 teras CPU daripada keseluruhan 8 teras
  • Sokongan DirectX11 sahaja, tiada DirectX12

Ini adalah berita baik untuk pembangun aplikasi UWP yang ingin menggunakan Xbox One versi pengguna. Namun begitu, dengan pengehadan fungsi berbanding kit pembangunan rasmi, adalah lebih baik bagi pembangun yang lebih serius untuk mengambil pilihan pembangunan yang lebih baik.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -