Xbox Scorpio Akan Menyokong Teknologi AMD FreeSync

Now Reading
Xbox Scorpio Akan Menyokong Teknologi AMD FreeSync

Melalui video diatas, pasukan Digital Foundry membuat analisa dan menjumpai maklumat baharu dimana konsol akan datang dari Microsoft, Scorpio ini akan menyokong teknologi AMD FreeSync.

Teknologi adalah sebuah fungsi menambahbaik tindak balas skrin yang lebih bagus dengan mengurangkan isu “screen-tearing” yang selalu dihadapi oleh pemain, khususnya melalui platform PC dengan tindak balas yang tinggi (60 fps). Namun teknologi ini hanyalah untuk monitor yang mampu menyokong teknologi yang sama.

FreeSync adalah sebuah teknologi yang hampir sama dengan Nvidia G-Sync. Menariknya, monitor dipasarang dengan teknologi AMD FreeSync adalah lebih murah berbanding dengan Nvidia G-Sync.

Xbox Scorpio juga akan didatangkan dengan port HDMI 2.1, sebuah hubungan HDMI generasi baharu dengan capaian fungsi tambahan seperti HDR dinamik, resolusi 8K dan lain-lain.

Semakin banyak info menarik dikeluarkan mengenai konsol berkuasa dari Microsoft ini. Adakah ini konsol yang dinantikan para peminat? Sama-sama kita nantikan pelancarannya tahun ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response