Xbox ‘Scorpio’ Berkemampuan Untuk Merekod Didalam Resolusi 4K

Now Reading
Xbox ‘Scorpio’ Berkemampuan Untuk Merekod Didalam Resolusi 4K

Kita semua tahu Microsoft telahpun mengumumkan konsol yang lebih berkuasa mereka, bernama “Project Scorpio”, sebuah konsol Xbox yang mampu untuk bermain permainan diparas 4K dengan kelajuan 60 frames per second.

Namun, pihak Microsoft masih lagi mendiamkan diri dan tidak menyatakan banyak maklumat mengenai konsol ini sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, WindowsCentral mendapat beberapa info dari sumber yang sahih, seperti integrasi kotak kuasa (PSU) dan juga berkemampuan untuk merekod / strim permainan didalam resolusi 4K.

Microsoft Beam, sebuah servis penstriman sehingga resolusi 4K telahpun dikeluarkan kepada umum sekian lama. Maka kita semua boleh membuat andaian bahawa servis bukan hanya untuk platform PC semata, berkemungkinan untuk konsol Xbox Project Scorpio juga.

Jikalau ini benar, maka ianya sebuah berita yang baik kepada rakan Youtubers atau Streamers yang boleh strimkan permainan mereka didalam resolusi yang tertinggi. Akan tetapi tidak akan membantu kepada semua atas sebab keadaan kelajuan dan kualiti hubungan internet kita di Malaysia.

Jom kita nantikan berita lebih lanjut dari Microsoft pada acara E3 kelak.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response