fbpx

10 Artikel Pilihan Hati Untuk Tahun 2015

Sebelum ini kami pernah membuat artikel tentang 20 game yang kami nantikan untuk tahun 2016. Kali ini, kami senarai pendek 10 artikel pilihan hati kami untuk tahun lepas di GamerMalaya.my.

Senarai ini adalah berdasarkan dari banyak faktor, seperti dari segi hits pembaca, kuantiti like, retweet dan share dari laman sosial dan juga faktor-faktor yang lain. Artikel ReviuMalaya tidak termasuk didalam senarai ini.

#10 – Sleeping Dogs Sequel’s On Hiatus (English Article)

Sebuah sekuel dari studio disebalik pembikinan Sleeping Dogs, Triad Wars mendapat berita buruk bahawa projek pembinaan game tersebut telah berhenti serta merta.

#9 – Pertandingan Hebat Naruto Ultimate Ninja Storm 4 – GameStart 2015

Sebuah game yang dinanti ramai, Naruto Ultimate Ninja Storm 4 akan hadir pada tahun ini dengan banyak penambahan dari segi karakter dan isi kandungan baharu. Kami juga sempat berpengalaman dengan game ini di acara GameStart 2015 lepas.

#8 – The Highs and Lows of This Year’s #TheGameAwards (English Article)

Sebuah acara yang mempunyai pelbagai cerita dan kontroversi. #TheGameAwards adalah sebuah acara penganugerahan kepada studio dan kepada beberapa pihak yang terlibat didalam industri gaming.

#7 – Harga Jualan PlayStation 4 Turun Untuk Pasaran Asia

Harga Jualan PlayStation 4 Turun Untuk Pasaran Jepun

Siapa yang tidak suka pabila konsol terkenal di Malaysia mendapat berita baik bahawa PlayStation 4 mendapat penurunan harga di pasaran Asia.

#6 – Jurnal: Pengalaman Membeli Di Kedai EB Games (Australia)

Sebuah pembaca kami sempat memberikan sedikit sebanyak pengalaman beliau semasa lawatan di kedai EB Games terletak di Australia.

#5 – GameStart 2015 – Acara Yang Amat Diperlukan Buat Komuniti Gamers Asia

3 (Custom)

Banyak acara gaming yang terkenal seperti E3, Tokyo Games Show dan juga Gamescom, namun ianya tidak memfokuskan kepada komuniti gamers Asia khususnya di serantau Asia Tenggara. Sebagai tahun kedua, GameStart 2015 memberikan impak yang amat besar untuk komuniti dan industri gaming di Asia.

#4 – 5 Mod Terkenal Untuk Fallout 4 (PC)

Dengan mod, maka pengalaman gaming lebih unik dan seronok khususnya untuk game seperti Fallout 4. Kami telah senarai pendek 5 mod yang terkenal berdasarkan laman web mod yang terkenal untuk platform PC.

#3 – Tips Membeli Monitor Untuk Gaming

Monitor-Sizes

Dengan lambakan jenis dan model monitor dipasaran, banyak persoalan terhadap gamers semua untuk memilih manakah monitor yang terbaik untuk gaming. Kami telah mengeluarkan artikel tersebut dengan sedikit sebanyak tips untuk membeli monitor untuk gaming.

#2 – How To Answer This SPM 2015 Question Using Videogames (English Article)

thisquestionusingvideogames

Dengan musim ujian SPM November yang lepas, maka artikel ini adalah salah satu artikel yang mempunya hits tertinggi  di GamerMalaya. Sebagai seorang calon SPM dan juga gamers, maka tips-tips yang diberikan berkemungkinan berkesan untuk menjawab soalan ujian.

#1 – 5 Gaming Youtubers Di Malaysia

5 Gaming Youtubers Di Malaysia

Gaming Youtubers di Malaysia amatlah “Underrated” sekali, maka kami mengambil inisiatif untuk berkongsi kepada pembaca tentang 5 gaming Youtubers di Malaysia berdasarkan pilihan kami.

Maka kami di GamerMalaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca kami, kerana tanpa anda kami mungkin tiada sampai ke hari ini. Juga terima kasih kepada penulis-penulis kami dibawah yang sentiasa menyokong kami. Masa untuk 2016!

Hafiz Johar

Amirul Ashraf (Meckronos)

Dave Khodzairie

Bagaimana pula dengan anda?

Minat menulis? Emel kami di gamermalaya.my@gmail.com


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -