fbpx

100 Game Klasik Atari Akan Hadir Ke Steam

Jikalau anda semua peminat game retro seperti Asteroids, Tempest, Centipede mahupun Missile Command, maka ini berita baik untuk anda. Ini adalah kerana Atari, syarikat yang sinonim dengan game klasik akan membawakan Atari Vault, sebuah pakej koleksi sebanyak 100 game retro dan klasik yang akan dijual didalam pelayar Steam.

AtariVault2
Masih ingat Atari Centipede?

Mengikut dari sumber PC World, beberapa penambah baik juga akan dibuat untuk zaman moden khususnya. Atari menyatakan, bahawa ianya akan menyokong Steam Controller dan juga sokongan permainan online secara multiplayer. Walaupun pelbagai penambah baik diberi, namun teknik gameplay, lagu latar belakang dan kesan bunyi masih lagi dikekalkan untuk membawa tema klasik yang diperkatakan oleh Atari. “Relive the classic gaming experience in the modern age” kata Atari, menyatakan konsep idea Atari Vault adalah untuk membawa dunia retro dan klasik kepada pemain zaman kini.

AtariVault
Asteroids Akan Hadir Ke Skrin Definisi Tinggi Anda

Koleksi game klasik dan retro seperti Asteroids dan Centipede akan hadir serta dengan koleksi Vault ini. Tarikh pasaran dijangka pada April – Jun 2016 ini. Namun harga jualan masih lagi tidak diketahui.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -