fbpx

Acara GameStart 2017 Menerima Lebih Dari 24,000 Pengunjung

GameStart, konvensyen permainan video yang berada di Singapura pada bulan lepas kini telah mencapai sebanyak 24,000 pengunjung untuk tahun ke-4. Statistik ini juga amat menarik, kerana pengunjung yang hadir adalah dari 25 negara dengan 80,000 penonton atas talian melalui siaran strim rasmi mereka di Twitch dan Facebook Live.

SEA Summit, sebuah persidangan yang memfokuskan kepada pemaju permainan video dan beberapa orang penting didalam industri ini juga dibuat di GameStart 2017. Sekaligus menarik lebih banyak orang atas program seperti pameran permainan tempatan yang dibuat dibenua Asia Tenggara, Doujin Market- barang-barang koleksi dan juga permainan tabletop.

Sudah semestinya daya tarikan utama adalah permainan dari penerbit besar. Seperti Bandai Namco dengan Dragon Ball FighterZ, Gran Turismo Sport dari Sony, dan Dissidia Final Fantasy NT dari Square Enix juga mempamerkan kepada pengunjung. Yoko Taro, pengarah permainan Nier Automata juga menampilkan diri untuk bertemu peminat.

Malah, acara esukan SEA Major yang memfokuskan kepada permainan Tekken 7, Street Fighter V, Marvel VS Capcom Infinite, FIFA 18, PUBG dan juga Windjammers dipertanding.

GameStart ternyata menonjolkan prestasi dan permintaan peminat didalam industri ini diserantau Asia Tenggara kepada seluruh dunia. Kami harap GameStart akan berkembang dan berdaya maju pada masa hadapan, dan dalam masa yang sama lebih banyak acara seperti ini akan diadakan.

(Gambar utama adalah sumber dari GameStart Asia)

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -