fbpx

Alat Kawalan Xbox One Baharu Diumum – Inspirasi Dari Teknologi Ketenteraan

Microsoft sekali lagi melancarkan alat kawalan baharu untuk menambah kepelbagaian koleksi untuk peminat Xbox One / PC.

Alat kawalan yang bernama Recon Tech Special Edition adalah sebuah alat kawalan yang disinpirasikan oleh teknologi ketenteraan dan pola prestasi. Mengikut dari Microsoft, ianya didatangkan didalam warna kelabu gelap dengan tekstur yang diukir melalui teknik laser berwarna emas, seakan-akan lencana dari pangkat-pangkat anggota tentera.

Microsoft kali ini amat memfokuskan terhadap pelbagai alat kawalan “khas” mereka.

Alat kawalan ini boleh dimainkan pada konsol Xbox One ataupun PC melalui hubungan bluetooth.

Microsoft akan mula menjual Recon Tech Special Edition ini pada 25hb April dengan tag harga USD $69.99 (~RM309.75).


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -