fbpx

Atas Sebab Keganasan Dan Perperangan – Clash of Clans Diharamkan Di Iran

Seperti biasa, permainan video selalunya akan dikaitkan dengan tanggapan negatif orang ramai khususnya atas sebab menggalakkan faktor “keganasan” kepada pemain. Bukan sahaja permainan video AAA seperti Grand Theft Auto V sahaja, malah permainan aplikasi Android / iOS Clash of Clans juga turut serta menerima impak tersebut.

Sumber dari Vocativ (Melalui Amanz.my) menyatakan bahawa salah satu badan kerajaan Iran telah memutuskan bahawa Clash of Clans diharamkan di negara tersebut. Perperangan dan keganasan adalah sebab utama yang membimbangkan kerajaan Iran kepada rakyatnya khusus kepada golongan remaja.

Ini memberi impak yang agak banyak, atas sebab majoriti pemain melalui peranti mudah alih adalah Clash of Clans dengan 64%, mengikut dari kaji selidik VentureBeat.

Sebelum ini, permainan seperti Pokemon GO juga pernah diharamkan atas sebab pengunaan sistem lokasi / GPS pada peranti pemain.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -