fbpx

Battlefield 1 Diumumkan Dengan Video Trailer Berkonsep Perang Dunia Pertama

Akhirnya selepas beberapa penantian, EA dan DICE mengumumkan siri baharu Battlefield yang bernama Battlefield 1.

Dengan berkonsepkan Perang Dunia Pertama, ianya akan berada dipasaran pada 21hb Oktober tahun ini.

Mengikut dari kenyataan rasmi EA, Battlefield 1 akan mempunyai kandungan yang terbesar dan dinamik didalam sejarah penciptaan game FPS ini. Ianya termasuk pertarungan di darat, laut dan juga di udara. “Kereta kebal, machine gun, meriam altileri – pelbagai teknologi yang pernah digunakan dari siri Battlefield sebelum ini namun dengan fungsi yang lebih sempurna untuk pemain.”

Siri ini akan menempatkan beberapa lokasi dan suasana seperti di Perancis, Itali dan juga suasana padang pasir di Arab.

Pelbagai kandungan baharu dan diperbaiki dari siri Battlefield yang lepas akan dibuat, seperti perlawanan melalui kapal terbang, kereta kebal dan juga senjata-senjata hebat dan terkenal mengikut dari konsep Perang Dunia Pertama ini.

Edisi terhad juga diumumkan kepada sesiapa yang berminat mengumpul koleksi oleh EA ini. Edisi terhad yang akan dijual pada harga $219.99 (Anggaran RM880) ini akan menyertakan pelbagai koleksi seperti:

  • 1 unit Battlefield 1 game, Edisi Deluxe.
  • Figura khas untuk Edisi Terhad besaiz 14 inci.
  • Poster kain eksklusif.
  • Steelbook eksklusif.
  • Kad dek eksklusif.
  • Tiub surat dengan kandungan istimewa.
  • Pakej premium.

Atas kerjasama EA dan Microsoft, kemungkinan ianya dikeluarkan untuk platform Xbox One dan PC terlebih dahulu sebelum platform PlayStation 4.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -