fbpx

Blizzard Café Dilancarkan Di Thailand – Membolehkan Pemain Melatih Overwatch Tanpa Pembelian

Sebagai inisiatif untuk melatih lebih banyak pemain profesional khususnya dirantau Asia Tenggara, Blizzard, selaku pemaju permainan Overwatch melancarkan program Blizzard Café untuk membolehkan pemain melatih dan bermain Overwatch secara tanpa pembelian didalam pusat siber terpilih di Thailand.

Dalam masa yang sama, Blizzard juga menawarkan 20% experience points tambahan supaya pemain boleh menggunakan tawaran ini untuk mempercepatkan perkembangan profil mereka.

Blizzard juga bekerjasama dengan MOL Global, Inc. untuk menjayakan projek ini. Blizzard Café juga dibuka kepada mana-mana syarikat pusat siber yang berminat untuk mendaftar, supaya pelanggan mereka dapat menikmati bermain Overwatch tanpa sebarang kos tambahan.

Setakat ini tiada maklumat bahawa Blizzard akan memperkenalkan projek ini di negara Asia Tenggara yang lain.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -