Topik perang dunia ke-2 tidak pernah usang dan ditelan zaman, malah banyak permainan video dan juga filem memilih konsep ini sebagai elemen pemasaran mereka sehingga sekarang.
Activision juga tidak ketinggalan untuk membawa kembali mood World War 2 ini didalam francais Call of Duty mereka dengan nafas baharu. Ya, francais ini telahpun membawakan tema perang dunia ke-2 beberapa kali (terakhir adalah Call of Duty: World At War), namun atas kegagalan pelancaran Infinite Warfare tahun lepas dan tekanan oleh pesaing, EA dengan permainan Battlefield 1, sudah semestinya Activision perlu membuat keputusan yang betul untuk kekal relevan didalam industri ini.
Kami agak teruja dengan kualiti dan kandungan yang dibina oleh Sledgehammer terhadap COD: WWII ini, dan ianya agak berbaloi untuk dimiliki. Akan tetapi, masih lagi ada beberapa faktor dan isu yang kami akan utarakan didalam reviu ini.
Penafian: Reviu ini mungkin mengandungi “Spoiler”
Grafik & Audio
Tidak dinafikan, studio pemaju Sledgehammer Games mampu menghasilkan sebuah permainan dengan kualiti grafik yang amat tinggi, teramat tinggi. Segala elemen grafik dan animasi didalam permainan ini amat cemerlang dan sudah semestinya pemain dapat menikmatinya.
Walaupun kami bermain permainan ini didalam konsol PlayStation 4 generasi pertama, kualiti dan prestasi yang optimum harus dipuji- jarang sekali kami nampak sebarang kecacatan atau lag didalam permainan ini.
Namun kami dapati, prestasi permainan ini merudum semasa ianya cuba untuk saving semasa cut-scene- ini adalah salah satu teknik pihak pemaju untuk mengurangkan durasi loading, maka bagi kami ianya tidak memberi impak yang teruk.
Dengan sokongan HDR (High Dynamic Range), penyampaian cahaya yang seimbang lagi menambahkan faktor grafik yang hebat semasa bermain.
Nota: HDR hanya boleh ditetapkan untuk skrin TV / Monitor yang mempunyai fungsi tersebut.
Dengan tetapan HDR ini, pemain boleh menukarkan tahap cahaya putih dan hitam mengikut citarasa sendiri. Selain dari itu, tetapan
Keadaan sekitar semasa bermain juga memberi penyampaian yang efektif dan memberi perasaan perang yang kelam kabut kepada pemain. Sebagai contoh, efek grafik di misi Normandy semasa permulaan membawakan perasaan cemas, dan debaran menanti pemain semasa melintasi pantai yang penuh dengan tragis ngeri itu.
Permainan ini juga dimain dengan solid 60 frames per second.
Kesan suara dan muzik juga membawa peranan hebat terhadap permainan ini, dan semuanya disampai dengan baik.
Beberapa artis juga digunakan didalam permainan ini untuk alih suara, seperti Josh Dhuamel sebagai Sarjan Pierson ataupun Elodie (terkenal dari siri Daredevil) didalam Zombie Mode.
Uniknya, kesemua wajah watak didalam permainan ini menyerupai dengan artis disebalik alih suara masing-masing.
Kandungan & Jangka Hayat
Call Of Duty: WWII membawakan tiga jenis mode, Single Player, Multi Player dan juga Zombie Mode. Ketiga-tiga jenis permainan ini mempunyai keunikannya tersendiri dan kami akan menerangkan kandungannya satu-persatu dibawah:
Single Player
Terus terang kami ingin nyatakan, walaupun jalan cerita didalam mode ini boleh dikatakan agak baik dari pesaingnya, namun ianya masih linear dan boleh di agak apa yang akan berlaku seterusnya. COD: WWII cuba untuk membawakan elemen emosi didalam jalan ceritanya, namun, bagi kami ianya masih tidak mampu menyampaikan emosi tersebut kepada pemain. Plot jalan cerita masih lagi lemah dan tidak tersusun, bersama dengan efek letupan ala-Hollywood yang melampau, yang dimana bagi kami, ianya tidak perlu di tokok tambah atas sebab tema zaman perang dunia ke-2, Mahupun ianya agak seronok ditonton.
Pemain bermain sebagai Ronald “Red” Daniels, watak utama yang akan menyelesaikan misi konflik peperangan didalam era jajahan Nazi di benua Eropah. Pemain juga akan berperang bersama dengan askar British dan Puak Rintangan Perancis didalam salah satu episod misi utama ini. Selain dari bermain sebagai askar infantri, pemain juga akan mendapat peluang bermain didalam kereta kebal dan juga melalui kapal perang melalui rakan seperjuang Daniels.
Ianya mengambil hanya 15 jam untuk menghabiskan kesemua misi didalam Single Player dan kami amat mengesyorkan bermain didalam tahap Veteran untuk lebih cabaran.
Multiplayer Mode
Secara jujurnya, kita semua tahu pada setiap francais Call Of Duty masa kini memfokuskan kepada Multiplayer Mode dan WWII tidak terlepas dari faktor tersebut. Pemain terlebih dahulu perlu memilih jenis Divisi untuk bermula. Berikut adalah senarai divisi yang boleh dipilih:
- Infantry: Kepada yang gemar kepada perperangan taktikal dan senjata melee.
- Airborne: Khas untuk yang suka berlari dengan pantas semasa bertempur.
- Armored: Sesuai untuk yang minati dengan senjata ganas seperti pelancar roket.
- Mountain: Bagi yang pentingkan ketepatan, maka senjata penembak hendap amat sesuai untuk pemain.
- Expeditionary: Shotgun dan pertempuran dekat adalah faktor istimewa untuk divisi ini.
Selepas pemain memilih divisi yang mereka minati, pemain perlu membayar dengan menggunakan kredit yang boleh diperoleh selepas setiap pertempuran.
Pemain akan ditemukan di Headquarters, sebuah “lobby digital” (seakan Tower di Destiny) yang membolehkan pemain merayau untuk mencari aktiviti untuk bermain. Pelbagai aktiviti boleh dibuat, dan apa yang menarik adalah Contracts dari Quatermaster dan Orders dari Major Howard boleh diperolehi untuk mendapat lebih ganjaran semasa bermain.
Pelbagai jenis perlawanan secara atas talian juga boleh dipilih namun War Mode adalah salah satu mode yang paling menarik dan amat interaktif, seakan-akan bermain “story mode” namun secara atas talian bersama pemain yang lain.
Nazi Zombies (Zombie Mode)
Call Of Duty sentiasa terkenal dengan Zombie Mode mereka dan COD: WWII akhirnya menyampaikannya dengan baik dan kami amat seronok semasa bermain Nazi Zombies ini.
Kualiti Zombie lebih baik dari siri sebelumnya, dan tematik yang lebih seram juga mengujakan amat dihargai didalam siri kali ini. Pemain akan dimulakan dengan jalan cerita pendek- sebuah Prolog pengenalan kepada krew untuk mencari harta dan lukisan berharga di negara Jerman. Malangnya mereka ditemu dengan makhluk pelik (Zombie) yang mereka perlu tempur.
Ianya boleh dimain secara solo ataupun bersama pemain yang lain melalui atas talian. Walaupun agak repetitive, bermain bersama rakan dan tahap kesukaran dinaikkan pada setiap wave, sudah pasti mengundang rasa cemas dan teruja kepada pemain.
Pengalaman Bermain
Kami memulakan perjalanan permainan ini dengan Single Player, dan ianya dialu-alukan oleh dengan misi pertama yang agak mengagumkan, D-Day. Seperti yang dijangkakan, pelbagai jenis senjata klasik diberi semasa bermain dan bagi kami, senjata jenis jarak jauh / senapang lebih senang dikendali berbanding mesingan yang kurang tepat untuk membidik. Kami juga syor pemain semua untuk mematikan tetapan Aim Assist untuk pengalaman bermain yang lebih seronok dan mencabar.
Walaupun ketiadaan mekanik RPG didalam permainan ini, namun WWII cuba membawa beberapa kandungan untuk membawa faktor kepelbagaian kepada pemain.
Heroic Actions dan Mementos, adalah salah satu kandungan kecil dimana pemain perlu mengambil dan laksanakannya untuk mendapat status 100% didalam setiap misi. Heroic Actions seperti menyelamatkan rakan sepasukan yang tercedera, ataupun yang sedang bergelut dengan tentera Nazi, ataupun membenarkan musuh untuk menyerah diri. Manakal Mementos pula adalah barangan unik yang diperolehi semasa berperang.
Dalam masa yang sama, pemain memerlukan kit first aid untuk memulihkan diri dari kecederaan semasa peperangan dan ianya boleh diperoleh disekitar kawasan misi ataupun dengan meminta bantuan rakan seperjuangan, atau dikenali sebagai Squad Abilities. Ianya adalah sebuah sistem dimana pemain boleh menggunakan skuad untuk mendapat bantuan dengan kelebihan tersendiri seperti dibawah:
- Zussman – Memberi kit first aid untuk memulihkan tahap nyawa.
- Pierson – Mendedahkan lokasi musuh dan kebolehan untuk menggunakan teknik “Focus” pada mana-mana senjata (teknik ini selalunya digunakan untuk senapang penembak hendap sahaja).
- Turner – Memberi sumber peluru tambahan.
- Stiles – Memberi bom tangan dan bom asap.
- Aiello – Memberi kebolehan melontar bom signal untuk bantuan mortar.
Bagi kami, walaupun durasi jalan cerita untuk Single Player telahpun dipanjangkan, namun pengalaman bermain untuk mode ini masih lagi kurang dan kadangkala membosankan.
Akan tetapi kami menghargai untuk peluang berperang melalui kapal terbang dan kereta kebal, sebagai salah satu faktor kecil dari misi.
Manakala untuk Multiplayer dan Zombie Mode, tidak banyak perubahan dibuat dari siri sebelumnya. Sudah semestinya elemen mikrotransaksi dan loot box dibawa untuk mode ini. Bagi kami elemen ini sepatutnya tidak perlu dimasukkan atau paling teruk pun disampaikan dengan sangat minimal. Walaupun mikrotransaksi tidak ada buat masa ini (dan akan dibawa dalam masa terdekat), dan juga loot box yang hanya memfokuskan kepada kosmetik pemain, pendekatan sistem ini kepada pemain secara jelas agak mengecewakan.
Rumusan
Ternyata kembalinya kepada zaman perang ke-2 adalah suatu perkara yang patut dibuat oleh Activision dan catatan jualan terbukti peminat menyokong dengan keputusan tersebut. Walaupun jalan ceritanya yang lebih baik dari siri sebelumnya namun, ianya masih lagi mempunyai plot yang lemah dan tidak tersusun kepada pemain. Akan tetapi, pengalaman bermain masih lagi seronok secara tipikalnya, apa yang kita inginkan dari Call of Duty.
Call of Duty: WWII juga tidak mengecewakan dengan Zombie Mode yang lebih seronok dan mengujakan kepada pemain. Malah Multiplayer juga ditambah baik dan penambahan War Mode amat dihargai.
Walaubagaimanapun, ianya tidaklah sempurna yang disangka, COD: WWII masih kurang menyengat, kekurangan kandungan didalam Story Mode sekaligus Call Of Duty tidak dapat menyasarkan pemasaran mereka kepada penggemar Single Player. Elemen RPG lebih difokuskan kepada Multiplayer dan kehadiran Loot Box + Mikrotransaksi didalam permainan ini, agak mengecewakan, walaupun hanya kosmetik semata, ianya tidak wajar berada didalam permainan AAA yang ratanya pemain membelinya dengan harga penuh.
Namun, COD: WWII tidak mengecewakan dan kami anggap ianya satu loncatan yang baik buat Activision untuk memfokuskan kepada kekurangan kepada Call Of Duty yang lebih solid pada masa hadapan.
Reviu ini adalah berdasarkan oleh unit reviu percuma dari Sony & Activision. Ianya dimainkan melalui PlayStation 4 versi pertama.