fbpx

Cara-Cara Untuk Melanggan Xbox Game Pass For PC Bagi Pengguna Malaysia

Langganan Yang Berbaloi Namun Banyak Negara Tidak Disokong Khusunya Malaysia.

Xbox Game Pass For PC adalah sebuah servis langganan dimana anda boleh bermain pelbagai permainan termasuk permainan parti pertama dari Microsoft hanya didalam satu harga secara bulanan.

Menariknya, anda boleh mula mencubanya dengan hanya USD $1 untuk bulan pertama, ya, anda boleh bermain permainan seperti Halo, Siri Gears, Forza Horizon, Outer Worlds dan banyak permainan dibawah RM5 sahaja.

Selain dari Xbox, Microsoft juga menawarkan program ini untuk PC

Mahupun sebulan mungkin tidak cukup untuk anda, maka Microsoft menyediakan harga menarik untuk bulan seterusnya, iaitu pada $4.99 USD namun untuk masa terhad

Secara rasminya, hanya 38 negara sahaja yang disokong buat masa ini.

Dari senarai negara tersebut, malangnya, Malaysia tidak terlibat dengan dengan program ini secara rasmi. Malah, kami cuba mendaftar melalui kad kredit, namun gagal, mahupun tetapan akaun telahpun ditukarkan kepada negara yang disokong.

Jangan risau, kami ada lagi satu cara lain yang membolehkan anda menikmati pelbagai permainan berkualiti AAA di Xbox Game Pass ini.

#1: Muat Turun Xbox App Untuk Windows 10

Xbox Game Pass For PC memerlukan anda untuk mempunyai versi Windows 10 yang paling terkini, atas sebab permainanya adalah dari Microsoft Store (didalam format UWP Apps).

Spesifikasi minima PC untuk program ini.

Selepas kemaskini, ikut pautan ini untuk memuat turun aplikasi Xbox (Beta). Ianya bertindak sebagai aplikasi muka utama untuk melihat senarai dan muat turun permainan dari Xbox Game Pass For PC.

- Iklan -

#2: Dapatkan Sekurang-kurangnya $10 USD Kad Hadiah Xbox Live

Servis ini dikunci mengikut negara oleh Microsoft, maka jikalau anda cuba membayar melalui kad kredit (walaupun sudah menukarkan akaun anda ke Amerika Syarikat sebagai contoh), permbayaran masih gagal, kerana Microsoft memerukan pembayaran tersebut hendaklah dari kad kredit yang didaftarkan dari negara yang terpilih.

Namun, semasa pembayaran, cara kami nampak peluang untuk direntas untuk anda semua menikmati program ini.

Apa yang anda perlu buat adalah mendapatkan kad hadiah, sekurang-kurangnya $10 USD, mengapa? Ini kerana Microsoft inginkan akaun anda mempunyai jumlah wang yang cukup untuk langganan di bulan kedua (iaitu $4.99 USD), maka jumlah $5 USD tidak mencukupi untuk cara ini.

Anda boleh mendapatkan kad hadiah dari penjual-penjual tempatan. Atau mengikutkan dari pengalaman pembelian kami, kami rasakan SEAGM, ataupun Playcoin dari Lazada adalah pilihan yang baik setakat ini.

PERHATIAN: Pastikan anda beli Kad Hadiah, bukan langganan Game Pass

#3: Langgani Game Pass For PC Melalui Xbox App

Seterusnya, anda boleh membuka aplikasi Xbox App, dan tekan butang untuk melanggan Game Pass. Ataupun, melalui menu tetapan, klik account dan klik butang yang sama.

PERHATIAN: Pastikan akaun anda tidak mempunyai apa-apa tetapan pembayaran atau info kad kredit. Jikalau ada, sila buang segala tetapan tersebut sebelum mulai langkah seterusnya.

Anda akan mendapat pilihan untuk mendaftar sama ada Xbox Game Pass For PC ataupun Xbox Game Pass Ultimate. Jikalau anda tidak mempunyai unit Xbox One, anda boleh teruskan dengan pilihan Game Pass untuk PC.

Semasa skrin pembayaran, pilih “redeem gift card” dan masuk kan kod kad hadiah yang anda terima dari penjual.

Ikuti langkah seterusnya untuk melanggan.

#4: Tukarkan Kawasan Kepada US

- Iklan -

Selepas melanggan, anda akan melihat pelbagai permainan boleh mula dimuat turun, namun sebelum anda senyum lebar untuk menikmati Game Pass ini, anda perlu tukarkan tetapan PC anda kepada Amerika Syarikat terlebih dahulu. Untuk tukar, pergi ke Settings, cari Region, dan klik Region Settings. Dibawah Country or region, tukarkan pilihan kepada United States.

Ini kerana beberapa permainan seperti The Outer Worlds, tidak menyokong Microsoft Store di Malaysia, maka anda akan mendapat mesej gagal semasa ingin melancarkan permainan tersebut.

Nikmati Langganan Game Pass Anda!

Yup, anda boleh mula nikmati kesemua permainan ditawarkan di Xbox Game Pass For PC! Ternyata program langganan ini adalah konsep yang baik untuk pengguna, sedihnya ia tidak menyokong negara Malaysia buat masa ini.

Namun untuk pembelian kad hadiah $10 USD (RM45~) masih lagi berbaloi untuk mendapat pelbagai permainan menarik sepanjang 2 bulan langganan. Dan dengan harapan Microsoft akan betul-betul lihat Malaysia sebagai salah satu potensi negara yang mereka perlu fokus secara rasmi kelak.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -