fbpx

Demo Percuma Wolfenstein II: The New Colossus Di PC

Wolfenstein II: The New Colossus kini mempunyai demo untuk pemain mencubanya sebelum membeli. Permainan FPS yang baru sahaja dilancar ini adalah sebuah sekuel dari siri yang terkenal, Wolfenstein: The New Order, dan permainan ini juga menerima pandangan baik dari pengkritik setakat ini. Permainan video ini lebih memfokuskan kepada jalan certia mengenai tentera Jerman Nazi yang memenangi perang dan mengawal Amerika. Mengikut dari banyak pengkritik, permainan ini menyampaikan jalan cerita yang amat baik dengan pengalaman permainan FPS yang hebat.

Permainan ini mendapat diskaun sebanyak 50% didalam Steam sekarang, sebagai salah satu dari promosi Steam Autumn Sales. Jikalau diskaun tersebut tidak menarik perhatian, maka anda boleh cuba demo ini terlebih dahulu. Demo ini akan membenarkan anda bermain beberapa bahagian permulaan dari permainan ini, dan fail save anda akan dibawa ke permainan penuh.

Untuk platform PC, anda boleh lihat melalui laman web Steam disini. Jikalau anda mempunyai kad AMD, permainan ini akan mempunyai prestasi yang lebih baik, atas sebab pengoptimuman permainan ini dengan kad AMD.

Demo ini juga dibawa ke platform PS4 dan Xbox One, namun malangnya ia tidak ada untuk pemain di rantau Asia.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -